Tengah jalan Motor mati secara tiba-tiba, apa punca dia?

jika motor mati tiba-tiba check 3 benda mudah ni dulu..kalau isu motor tak nak hidup tu lain sikit, buat mcm ni, start jadi kosong pulak...

 




Ok, Tengah elok jalan motor mati secara tiba-tiba, apa punca dia dan cara menyelesaikan masalah ini jika anda berkemampuan. Namun dibawah akan diberikan tips mudah untuk buat walaupun anda bukan mekanik.



Untuk mencari punca motor tiba-tiba mati sendiri biasanya hanya ada 3 perkara perlu dilakukan


  • Cek petrol
  • Cek api
  • Cek karburator



Cara mencari punca motor mati tiba-tiba


1. Buka penutup tangki minyak motosikal dan lihat aras minyak  petrol anda benar-benar ada ataupun sudah kering.


Jangan terlalu pandukan pada meter motosikal kerana kemungkinan masalah meter rosak boleh berlaku tanpa kita sedari_meter rosak menunjukkan tanda aras yang salah.


Kalau tiba-tiba mati selepas sahaja selesai isi minyak ada lebih baik anda cuba pastikan yang ia benar-benar petrol atau diesel. Ini biasa berlaku silap isi diesel.


Anda boleh bau atau rasa guna jari. bau petrol sedikit memeritkan hidung berbanding diesel dan apabila disentuh diesel dirasakan licin seperti air sabun.Petrol dirasakan sejuk pada kulit,tidak pada diesel.kesan atau tanda-tanda dari kesilapan ini ialah ekzos berasap banyak



motor mati secara tiba-tiba
servis karburator




Periksa spark plug


Periksa nyalaan motosikal  pada spark plug dan lihat samada kondisi plug masih baik atau sudah rosak.Tanda-tanda plug rosak yang mudah untuk dilihat ialah mengenai rupa pada bahagian tengah elektrodnya .warna hitam memungkinkan kerosakan plug.


Jika anda tidak tahu cara test spark plug ada lebih baik terus tukar plug baru dan setelah itu cuba hidupkan enjin kembali.Itu jika anda mempunyai alatganti atau boleh minta orang belikan_Plug atau palam pencucuh adalah alatganti motosikal yang paling penting dan wajib ada yang spare bagi sesebuah motosikal



minyak tak buka ke?


Bagi sesetengah motor pada bahagian karburator ada alat yang dinamakan petcock minyak iaitu bahagian yang mana berfungsi sebagai buka dan tutup kemasukan minyak ke karburator.


Pastikan ia berada pada keadaan buka.Tutup bermakna minyak tidak dibekalkan dan enjin motosikal tidak boleh hidup tanpa minyak sebagai bahan api.


petcock minyak karburator motor




karburator tersumbat


Yang kedua apa patut anda lakukan ialah periksa petrol pada kaburator.Kemungkinan berlaku masalah karburator masuk air,kotor atau karburator tersumbat.



Fuis bateri putus


Sesetengah motosikal, menggunakan sistem DC-CDI yang mana bateri adalah sumber nyalaan enjin. Bermakna kalau bateri ‘mati’ motosikal pun akan mati.


Lihat pada panel meter yang kebiasaanya lampu indikator menyala sekarang sudah hilang dan horn,signal pun tidak ada, jika begitu cari fius bateri(berdekatan bateri) gantikan dengan yang spare jika fius putus.




Tak boleh start sebab penyetat tak berfungsi



  1. Penyetat kaki keras
  2. Penyetat kaki lus
  3. Penyetat kaki kosong



Starter elektrik tak berfungsi/tak bunyi


4 contoh masalah biasa ‘kena’ pada pengguna motor menyebabkan enjin tak dapat dihidupkan. Jadi Inikah makna anda kata tak boleh start?



Ok, punca ia berlaku merujuk urutan di atas adalah seperti ini;



Biasanya penyetat keras terjadi kerana enjin jammed- Kalau terjadi semasa menunggang tiba-tiba enjin mati/jammed, kerosakannya ialah pada piston,rod ataupun bearing enjin. Enjin perlu dibuka(overhaul atau top overhaul)


Masalah clutch adalah penyebab utama penyetat lus/loose. Perlu ditukar ganti beberapa komponen clutch sahaja untuk atasinya. Ada bebarapa kes lus berpunca dari masalah starter engkol dan gear dalam enjin.


Penyetat kaki kosong(tak lekat) tandanya berkemungkinan seperti jawapan no 2. Tetapi jika berlaku semasa enjin bergerak adalah kerana kerosakan komponen dalaman enjin seperti piston, oil seal(2-stroke) atau pada valve(4-stroke)


Berkaitan penyetat elektrik/electric starter pula selalunya berpunca dari bateri lemah,check horn,signal seperti biasa atau tak. Tekan button starter enjin berbunyi tapi enjin tak hidup, kita lanjut dibawah



Boleh start tapi enjin tak boleh hidup

Yang paling utama ialah berkenaan system nyalaan enjin seperti spark plug, cdi, coil sepertinya perlu diperiksa.


 Didahulukan adalah periksa minyak petrol. Dipastikan 2 pakara itu tiada masalah anda perlu lanjutkan ke bahagian karburator/fuel injection dengan membuat servis.

Tak hidup sebab lama simpan




Tukar minyak petrol lama

Motor sudah lama simpan dan mahu dicuba hidupkan enjinnya kembali harusnya anda perlu membuang semua petrol lama dan digantikan dengan yang baru kerana petrol lama tak dapat dibakar sebaiknya oleh enjin dan akan menyebabkan enjin sukar dihidupkan.

Caranya anda harus bukakan bajunya(cover body) terlebih dahulu  dan cabut keluar wayar petrol ke karburator.Lain jenis motor lain lokasinya pada karburator atau injeksi.


Servis karburator

Servis karburator.Jika menggunakan sistem karburator perlulah ia diservis cuci komponen dalamanya.Biasanya takungan petrol lama didalam karburator akan mengakibatkan keladak seperti ketulan yang akan menyebabkan lubang-lubang dalam karburator jadi terkambus.Inilah punca kegagalan karburator berkerja.

Dibuka keluar dan dicuci semua komponen dalam karburator motor itu termasuk jettingnya pilot dan mainjet agar semua lubangnya nampak tembus tidak tersumbat lagi.Setelah itu pasanglah dengan berhati-hati supaya tiada bocor minyak nanti.


Caj battery

Sementara anda mencuci karburator itu apa kata anda buka dulu battery dan dihantar caj dibengkel.Jika ia tak boleh pakai [email protected] kong silalah gantikan ia dengan yang baru.Kemudian nanti sudah siap servis bahagian lain ambil battery dan pasang balik pada motor.


Gantikan sebiji spark plug

Motor anda pakai satu spark plug gantikan satu spark plug baru kerana kita mahu api yang kuat bila mau hidupkan enjinnya.Sebaiknya gantilah spark plug sebaik saja anda sudah pasang battery,ini tipsnya.

Semasa spark plug sudah dikeluarkan luangkan sikit waktu lagi buat uji cuba pengapian coil plug.Buang kepala plug,dekatkan cable coil ke permukaan enjin/body,buka suis dan tendang penyetat lihat sama ada akan ada api terhasil atau tidak, jika keputusan positif makanya pasanglah plug baru itu.


Tukar minyak hitam

Ini tidak wajib tapi sebagai pelengkap dan persedian untuk menggunakan terus motor itu jika ia berjaya dihidupkan.

Tapi andainya motor itu tak begitu lama disimpan dan minyak hitam pun masih baru ditukar sebelum ini maka tak perlulah menukar minyak hitam itu.Tapi jangan lupa check paras minyak hitam juga kerana enjin berjalan dengan minyak hitam kurang boleh mengakibatkan kerosakan komponen dalam enjin.

Ok,siap 5 perkara di atas anda bolehlah juga tendang engkol bagi motor gear atau picit butang starter bagi motor matic untuk hidupkan enjinnya.

Sumber berkata: baikimotor.com


Lebih banyak siaran menarik - lawati Halaman Depan blog ini !
© all rights reserved
made with by templateszoo