Cara periksa minyak enjin kereta cari Dipstick dulu

mudah je check minyak enjin kereta anda, tak perlu takut cuma cari tempat dipstick tarik dan periksa paras minyak tu

 Minyak enjin anda adalah penting untuk kereta, sihatnya sebuah enjin kereta konvensional banyak bergantung pada sistem pelincir nya, tidak sama dengan kereta elektrik. Bukan syarat pakai kereta perlu banyak ilmu mekanik tapi sekurangnya anda tahu cara untuk periksa minyak enjin kereta anda sendiri sebelum hantar ke bengkel untuk penukaran 


Minyak enjin atau minyak hitam bertindak sebagai egen pelindung kehausan berlaku dengan lebih cepat pada komponen dalaman enjin. Mengurangkan kepanasan enjin juga membuang habuk-habuk didalam enjin bila minyak ditukar.



Memeriksa minyak anda hanya mengambil masa beberapa minit, dan ia adalah sesuatu yang perlu anda lakukan sekurang-kurangnya sekali sebulan. Anda memerlukan tuala kedai atau apa-apa kain buruk lama, dan anda sudah bersedia untuk bermula.


cara periksa minyak enjin kereta




Jadi, bagaimana anda check minyak enjin anda? Berikut ialah panduan pantas.


Parking kereta ditanah rata


1.Mula-mula sekali sila park kereta ditempat atau tanah rata, jika ditanah berbukit atau cerun bacaan minyak diperolehi adalah tidak tepat. Jika kereta baru lepas jalan perlu dibiarkan beberapa minit supaya minyak mendap atau lebih baik tunggu enjin kereta sejuk dahulu.



2. Cari dan tarik  Dipstick


Dipstick ialah alat pengukur minyak enjin yang mempunyai tombol pemegang yang cuma ditarik keluar dan dibersihkan dengan kain pengelap terlebih dahulu sebelum mengukur minyak enjin.


Dimana letaknya boleh rujuk panduan pengeluar kereta anda, pastinya ia  ditempatkan pada enjin bukan pada body kereta.


Apabila ditarik keluar Dipstik anda akan mendapati terdapat bekasan minyak pada hujung “lidi” panjang itu. Jika tiada bermakna minyak enjin kereta anda sudah kurang atau kering


Dipstik
Dipstick



Mengukur minyak enjin


3.  Masukkan Semula Dipstick


Setelah hujung Dipstick di lapkan supaya kesan minyak lama hilang, kini adalah masanya untuk mengukur minyak enjin. 


Masukkan semula Dipstik, tekan tombol sehingga rapat dan terus tarik balik. Nah, lihat pada hujung Dipstik itu aras minyak enjin anda sama ada masih berada pada paras garis atas atau bawah atau tak ada langsung. Boleh cuba ulang beberapa kali untuk pengesahan


check minyak enjin



4. Setelah dapatkan bacaan Anda


Setelah mendapat bacaan boleh anda menentukan tindakan susulan sama ada mahu tambah atau terus pergi tukar. Disyorkan tambakan minyak hanya menggunakan baki minyak penukaran sebelum ini atau jenis yang sama. 


Jika minyak minyak agak hitam pekat disyorkan tukar minyak hitam untuk enjin yang segar.




Bagaimana Jika Saya Tidak Mempunyai Dipstick?


Perlu diingat bahawa sesetengah kenderaan baharu tidak mempunyai Dipstisk minyak seperti kereta Mercedes, BMW, Audi, and some Ford, Cadillac, Lincoln, Chevrolet, Chrysler, dan Mazda.Kerana ia menggunakan sensor elektrik untuk memantau paras minyak . Maklumat paras minyak diberitahu  pada papan dashboard





Cara Tambah Minyak Motor

 

Jika anda memilih untuk menambah minyak enjin, silalah tambah sedikit dan biarkan beberapa saat supaya minyak turun kemudian ukur, buat beberapa kali sehingga perolehi paras yang dikhendaki. Dengan cara ini tidak menjadi minyak terlebih.


Disyorkan guna corong semasa menuang minyak.


Ringkasan


Nah, semudah itu sahaja cara periksa minyak enjin kereta anda tidak perlu risau anda akan merosakkan enjin kereta anda, tidak! Ikut panduan ini dengan betul


Anda harus memeriksa minyak anda setiap bulan, setiap hujung minggu atau sebelum perjalan jarak jauh untuk memastikan enjin anda berada dalam keadaan terbaik.





Lebih banyak siaran menarik dan Video kami - lawati Halaman Depan blog ini !
© all rights reserved
made with by templateszoo