kereta Proton Saga bunyi bersiul macam Helicopter ikut dekat Highway

Ini cara saya selesaikan kereta berbunyi bersiul masa bawa kat highway haritu, tak perlu bayar pun

 Assalamualaikum, Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman semasa memandu ke Kuala Lumpur pada baru-baru ini dimana kereta Proton Saga saya kedengaran berbunyi bersiul atau berdising seperti Helicopter ikut saya.

Beberapa kali juga intai cari mana Heli ni tapi tak nampak, misteri betul main usik-usik dekat Highway ni. Tapi siang hari kalau hantu biasanya malam saja dia usik. Jadi saya pun sedar ini mesti bunyi kereta saya ni, apa masalah tiba-tiba berbunyi nak patah baik dah jauh dah sampai Pahang ni dari Terengganu.

Punca kereta bunyi bersiul

Dipendekkan cerita saya pun berhenti la dekat RNR dan terus check kereta saya. Biarkan beberap minit dulu sejukkan enjin lepas tu terus check air radiator dan ok bukan sebab enjin panas air kering, temperature 3 bar macam biasa tak menunjukkan enjin panas. Jadi sebab ia  bersiul ni

check belting dan tali kipas

belting kereta


Saya pun check belting tengok takut dia kendur, maksud saya tali kipas tu yang nampak dari luar tu, ya tak ada masalah pun tak ada retak tanda-tanda nak putus.

check bearing tayar 

Tak jumpa juga saya pun pegang dengan kedua belah tangan goyangkan tayar takut ada bearing tayar rosak atau pecah. Tak ada masalah pula tapi kalau bearing tayar rosak orang cakap kereta berbunnyi berdengung kasar semasa berjalan tu masalah bearing

Jadi ini bukan masalah bearing tayar

Cara saya atasi masalah bunyi bersiul

Jadi dah check tengok tapi tak jumpa puncanya. Nak hantar bengkel atau Towing adoi teruk kene nanti duit pun tak banyak.

Saya rileks dulu dan cuba telephone kawan, dia suruh saya start enjin dan jirus air pada tali kipas dan saya pun lakukan termasuk jirus pada keempat-empat brek kereta.

Ok setelah selesai buat saya pandu kembali kereta dan tekan brek kuat-kuat beberapa kali takut ada masalah pada brake kereta.

Alhamdulillah masalah selesai, bunyi Helicopter dan hilang mungkin dah mendarat agaknya haha. Tapi betulah bunyi dah tak ada lagi

Kesimpulan

Itulah cara saya selesaikan masalah kereta bunyi bersiul dekat Highway. Kalau anda hadapi perkara yang sama cubalah bebrapa langkah  tadi, mungkin ia disebabkan ada pasir atau habuk melekat pada belting atau pada brek 

Harap membantu, yang penting jangan terburu-buru hantar ke bengkel, tapi kalau duit banyak tak kisah la kan..ok jumpa lagi wassalam.


Lebih banyak siaran menarik dan Video kami - lawati Halaman Depan blog ini !
© all rights reserved
made with by templateszoo