Slider

Saya tukar minyak hitam motor sebulan sekali 3 tahun enjin cun

Orang tanya bila waktu tukar minyak hitam, setiap 1k km atau 3k km..tak! sebulan sekali jawabnya
0

 Salam. nak share lah pengalaman sendiri tentang jaga motor ni, yang paling utama disini adalah mengenai tempoh berapa lama sekali atau berapa bulan sekali awak tukar minyak hitam motor? 

Saya dulu pakai motor baru dari mula beli saya amalkan setiap sebulan sekali saya tukar minyak hitam motor saya. Pakai minyak murah je, Castrol Rm14 tapi tepat sebulan sekali saya akan gantikan baru. Kalau ikut buku yelah dia cakap tempoh tukar minyak hitam ialah setiap 1000 kilometer atau 3 ribu km kalau minyak mahal baru tukar, tapi tulah ikut cara sendiri, tepat sebulan tukar terus.

macam mana enjin tukar minyak hitam sebulan sekali, ok?

Macam mana..? 3 tahun tip-top, cun-melecun macam enjin motor baru. Motor tu bukan buat jalan biasa je, siap buat lumba lagi (tukar ekzos, kaburator ja) masa muda-mudi dulu lah. Lepas 3 tahun baru buka enjin, tupun bukan sebab rosak rosak saja gatal tangan. 

Saya baru 3 tahun, tapi customer saya ada sampai 10 tahun baru buka enjin, kuncinya ialah jaga minyak hitam, sampai waktu di awalkan tukar. Kalau malas sebulan sekali (lebih kurang 500km saya jalan) boleh lanjutkan 2 atau 3 bulan sekali tapi kena pakai minyak hitam mahal sikit la kan.

Kesimpulan saya syorkan sila tukar ganti minyak hitam sebulan sekali

Tak nak cerita panjang-panjang, kesimpulannya saya syorkan tukar lah minyak hitam/minyak enjin sebulan sekali, lagi awal lagi baik, tak perlu pakai yang mahal-mahal untuk motor cub jalan pergi ulang -alik kerja saja, janji sebulan sekali tukar. Okay itu saja harap bermanfaat untuk anda.
Psst; motor Modenas Kriss 110 enjin memang terbaik, jaga minyak hitam plug saja, cukup tahan lama pakai.


0

Tiada ulasan

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

© all rights reserved
made with by templateszoo