Perbezaan insuran kereta First-Party dan Third-party murah

Jika berlaku kemalangan, berlanggar atau dilanggar insurans First party dia cover semua, beza dia dengan insurans murah dari tuntutan pihak ke-3...







gambar menunjukkan logo insurans kereta



Hari ini saya nak terangkan basic tentang beza insurans kereta yang mana ada dua seperti yang anda pernah dengar iaitu yang pertama first party insurance atau nama lain komprehensif dan yang kedua ialah insurans third party. Jadi setelah anda faham nanti bolehlah anda tentukan yang manakah insurans terbaik untuk kereta, motosikal atau kenderaan lain atas jalanraya yang anda pakai. Ok, apa itu insurans first party dan third party, apakah perbezaan antara keduanya dan apa yang dia 'cover'?

Orang kampung selalu sebut insurans no satu dan insurans nombor tiga saja, jadi apa beza antara insurans no 1(first party) dengan insurans no 3(third-party) dalam hal apa ia cover, mari kita lihat...


Insurans kereta First Party

Insurans first party - dia cover untuk repair disebabkan eksiden( terbabas, dilanggar atau melanggar ia akan cover semua), yang kedua first party ini dia cover untuk kereta tu hilang disebabkan kecurian,  ketiga dia dan akan cover untuk kebakaran,  masa start kereta ataupun tengah bawa terbakar contohnya. 

Yang keempat ialah tuntutan pihak ketiga, ini seperti jika anda terlibat dalam kemalangan orang yang anda langgar tu mengalami kecederaan boleh jadi jadi orang yang cedera itu dia akan mengambil Lawyer untuk saman anda, buat tuntutan tapi anda tak perlu risau sebab segala saman ataupun tuntutan daripada pihak ketiga tersebut insurans anda akan bayar/cover. 

Dan yang kelima adalah dia ada cover total lost disebabkan oleh kemalangan,  tapi anda kena tengok juga sama ada anda ikuti agreed value ataupun market value. Jika anda ikut agreed value contoh kalau eksiden untuk repair insurans bayar semua Tapi kalau submition anda ikut market value kemungkinan insurans tidak akan bayar penuh. Ini anda boleh tanya lanjut kepada agen anda nanti.


Insurans murah Third Party

Insuran third party - Pertama dia tak cover repair disebabkan eksiden, jadi anda kena tanggung sendiri kos repair kereta anda. 

kedua tidak cover kecurian

ketiga tidak cover disebabkan kebakaran

keempat ia akan cover tuntutan dari pihak ke-3 sahaja.


Perbezaan Insurance First Party dan Third Party


Perbezaan antara keduanya disini adalah jelas seperti di terangkan di atas. Kelebihan adalah kepada first party kerana dia akan cover semua (boleh tambah lagi untuk cover yang lain) dan third party tentulah ia murah kerana akan cover kos tuntutan dari pihak ke-3 sahaja.  


Third party apabila kita langgar orang, orang yang dilanggar itu cover untuk repair kereta dia dengan menggunakan insurans kereta kita, tapi kereta kita yang rosak itu tidak akan di cover oleh insurans dan takaful.


Nak guna first-party atau third-party

Insurans third party biasanya lebih murah daripada insurans first party kerana ia menawarkan perlindungan yang lebih terhad daripada insurans first party. 

Insurans third party hanya menanggung kos tuntutan pihak ketiga, seperti jika seseorang yang anda langgar mengalami kecederaan dan membuat tuntutan saman terhadap anda. 

Insurans third party tidak menawarkan perlindungan kepada pemilik kereta sendiri, seperti kos reparasi kereta yang rosak akibat kemalangan, kehilangan kereta disebabkan kecurian, dan kebakaran.


Oleh itu, insurans third party lebih murah kerana ia hanya menanggung kos yang lebih terhad, iaitu tuntutan pihak ketiga sahaja. Namun, anda perlu mempertimbangkan bahawa jika anda terlibat dalam kemalangan dan mengalami kerugian kereta anda sendiri, anda mungkin akan menanggung kos tersebut sendiri jika anda memilih insurans third party. 

Oleh itu, anda perlu mempertimbangkan apakah perlindungan yang lebih terhad dari insurans third party cukup untuk keperluan anda, atau sama ada anda perlu memilih insurans first party yang menawarkan perlindungan yang lebih luas.


Agreed value dan market value

Agreed value dan market value merujuk kepada jumlah yang akan ditanggung oleh insurans dalam keadaan kemalangan atau kehilangan kereta. 

Contohnya, jika anda mempunyai kereta yang bernilai RM50,000 dan anda telah memilih untuk membuat takaful dengan agreed value RM50,000, maka jika kereta anda hilang sepenuhnya akibat kemalangan, Takaful Malaysia akan menanggung kos penggantian kereta sebanyak RM50,000. Sebaliknya, jika anda membuat takaful dengan market value, Takaful Malaysia akan menanggung kos penggantian kereta sesuai dengan nilai pasaran kereta pada masa terjadinya kemalangan atau kehilangan.


Adakah wajib memilih salah satu pelan insurans kereta di atas

Iya memiliki insurans adalah wajib untuk pemilik kereta motor untuk memperbaharui cukai jalan, sekurang-kurangnya pelan insurans pihak ketiga(third party) kerana ia akan cover tuntutan gantirugi jika tidak diingini berlaku kemalangan melibatkan hilang nyawa, cacat dan kerosakan pada kenderaan seseorang itu.

Untuk pengguna muslim bukan setakat tu saja, perlu tonton video dibawah untuk faham:



video beza insurans dan takaful dari segi hukum halal haram-video 8 minit






Lebih banyak siaran menarik - lawati Halaman Depan blog ini !
© all rights reserved
made with by templateszoo