![]() |
Jenis claim insurans kenderaan di Malaysia
Andai kata tidak diingini sesorang itu ditimpa kemalangan kenderaan dan untuk menanggung kos membaik pulih kenderaan melalui tuntutan insurans atau kita sebut claim insurans, terlebih dahulu perlulah tahu jenis claim yang boleh dibuat. Contoh dua kereta bertembung dan si A tidak bersalah selepas siasatan pihak polis dijalankan dia bolehlah claim insurans kereta orang lain itu melalui ODKFK claim.
Situasi lain pula, si A memandu kereta, terbabas dan melanggar pokok si A perlulah tanggung sendiri kos baiki keretanya jika berkemampuan atau dia juga boleh memilih untuk claim insurance sendiri melalui OD claim.
Di bawah adalah senarai jenis claim insurans kereta yang boleh dibuat oleh pemilik kereta di Malaysia:
1. Own Damage Claim (OD)
Pastikan pemilik insurans first party
Hilang NCD bila klaim dibuat
Contoh langgar pokok,pagar,langgar belakang kereta orang
Jadi klaim insurans sendiri
2. Own Damage Knock-For-Knock claim (ODKFK)
Ini jika pemilik tak bersalah
Jadi kena claim insurans sendiri terlebih dahulu kemudian claim keatas pihak yang bersalah
NCD insurans pemilik tidak terjejas
Contoh kena langgar dari belakang
Wajib buat laporan polis dan dia didapati tidak bersalah
Bawa kereta ke panel bengkel yang dilantik oleh pihak insurans dia dengan laporan polis sebelumnya
3- Third party claim
Tuntutan dari pihak ke 3
Contoh si A langgar kereta orang dan orang itu didapati tidak bersalah maka orang itu(pihak ke 3) boleh claim ke atas insurans si A
Contoh kedua bila si A hanya pemilik insurans third party,bila terlibat dalam kemalangan dan tidak bersalah si A boleh klaim ketas insurans orang bersalah disana. Baca lagi cara membuat claim < bermula kejadian.