Cara klaim insurans bila kereta dilanggar dari belakang

langkah wajib perlu dibuat SELEPAS kereta di langgar dari belakang supaya nanti anda boleh klaim insurans anda

 






cara klaim insurans kereta bila kena langgar dari belakang

Harap bersabar ini adalah ujian Tuhan. Untuk memastikan yang nanti boleh claim/klaim insurans kereta bila anda dilanggar daripada belakang, apa perlu buat untuk memastikan anda tidak terlepas klaim ialah pastikan anda buat perkara dibawah selepas kejadian itu. Ini panduan jika ia adalah kemalangan  kecil yang tidak melibatkan kehilangan nyawa. 

Tentunya yang pertama anda mempunyai insurance ,Takaful dan ada lesen memandu yang sah dan roadtax kereta, dan sikit atau banyak yang anda dapat bergantung kepada jenis pelan insurans kereta anda ambil.


1. Bertenang jangan terkejut dan jangan panik


2. Keluar dan check kereta anda dan kereta belakang(kereta yang terlibat) 


3. Ambil gambar sebagai bukti. Seeloknya ambil semua bahagian kereta kita dan kereta terlibat. Fokus lebih pada kerosakan


4. Dapatkan butiran lokasi kejadian berlaku kemalangan. Contoh anda boleh ambil gambar label jalan, bangunan disekitar, dll


5. Jika kereta tak boleh bergerak kerana kerosakan, boleh telefon towing untuk menarik kereta anda menuju ke balai berdekatan untuk membuat laporan polis. 


Tak perlu tunggu polis datang ke lokasi jika kemalangan itu tidak melibatkan kematian.







Towing kereta anda ke bengkel panel insurans


Pastikan anda memilih towing yang akan membawa kereta anda ke bengkel panel insurans anda untuk mudah urusan klaim insurans nanti.


Jangan peduli benarkan tow truck yang tidak berkenaan menarik kereta anda. 


6. Berbincang dengan yang tetlibat jika melibatkan kerosakan yang besar lebih rm400 dan anda mahu klaim insurans silalah buat laporan polis selepas itu. Sebelum membuat report berbincang dengan baik minta(gambar) nombor I/c dan butiran lesen pemandu kereta belakang dan anda pun perlu memberikan butiran yang sama kepadanya. 


Anda ada hak undang-undang untuk meminta mendapatkan butiran ic pelanggar di bawah seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Tak perlu gaduh, minta secara baik jika enggan juga buat laporan polis mengenainya. Jangan lupa no plate kereta pelanggar. 


Di sarankan buat laporan segera di balai terdekat dari kawasan kejadian. 


Anda juga boleh bersama-sama towing membawa kereta anda kebalai untuk membuat laporan terlebih dahulu. Selesai membuat laporan polis anda bolehlah membewa kereta anda ke panel workshop terdekat yang dilantik oleh pihak insurance anda seperti Etiqa sila hantar ke panel Etiqa dan membuatkan klaim. Anda boleh telefon pihak insurans anda, dan tanya pihak polis langkah seterusnya.







Cara membuat tuntutan insurans kereta

Pihak polis akan menyiasat kes kemalangan jalan raya itu sebaik mereka telah menerima report anda. Pihak polis akan mengeluarkan keputusan kes dalam masa 15 hari selepas kemalangan biasanya. Salinan laporan akan dibekalkan segera atau dalam masa 3 hari bekerja manakala bagi rajah kasar dan gambar kemalangan tidak melebihi 15 hari.

Selepas mendapat keputusan kes, lakaran rajah kasar dan gambar kemalangan dikeluarkan oleh pihak polis, anda boleh datang semula ke balai polis dimana tempat membuat laporan sebelumnya untuk membeli salinan kes keputusan, graf sketsa dan gambar kemalangan untuk kegunaan tuntutan insurans untuk kos baik pulih kerosakan kereta anda. Tuntutan kerosakan kereta terhadap pihak insurans yang melanggar kenderaan anda hendaklah dibuat secepat mungkin.Jiks ada kelewatan dalam membuat tuntutan insurans, anda perlu membuat surat kepada pihak insurans memberitahu sebab kelewatan anda dalam membuat tuntutan kerosakan kereta.

Anda juga boleh memmbuat tuntutan bagi kehilangan kegunaan kereta bagi kos kenderaan gantian sepanjang mana kenderaan anda yang dilanggar berada di bengkel.

Ok itu sahaja sekadar pengkongsian maklumat jika salah dan kekurangan harap dimaafkan, moga semua urusan anda dipermudahkan.








Lebih banyak siaran menarik - lawati Halaman Depan blog ini !
© all rights reserved
made with by templateszoo