Belajar menggunakan pam angin di stesen minyak

![]() |
Owner manual |
Ok, sudah dapat sukatan angin tayar motor anda contohnya seperti motor Honda ex5 saya dengan tayar asal motor tu ialah 175 kpa(25 psi) tayar depan dan 200kpa(29psi) tayar belakang untuk "single rider". Ini adalah panduan isi angin tayar sebelum memulakan perjalanan jauh @ tayar sejuk. Bacaan angin akan meningkat apabila tayar sudah panas, jadi sentiasa isi angin semasa tayar sejuk ya..
Cara guna pam stesen minyak
Ada beberapa jenis pam angin di stesen minyak tapi yang pasti ada setingan secara manual yang perlu anda buat berbeza untuk motor ataupun angin kereta. Button "+" untuk menaikan jumlah isian (tambah angin) dan "-" untuk kurangkan isian bacaan pada meter pam angin Ambil bacaan pada garis yang ditunjukkan oleh jarum meter samada unit kpa atau psi Sesudah mendapat bacaan angin yang diingini mulalah mengisi angin tayar motor anda Buka penutup bar tiub pada tayar kemudian letak "kepala pam" dan tekan
Video
Pam akan berbunyi seperti brek angin bas/lori menandakan tayar sedang diisi angin. Pam akan berhenti memasukan angin sekiranya had jumlah isian telah dicapai, bagi sesetengah jenis pam di stesen minyak akan mengeluarkan bunyi setelah angin tayar sudah penuh. Disini menunjukan anda sudah selesai isi angin tayar motor anda, semudah itu sahaja... Harap manfaat bagi pembaca blog ini.