Slider

Jenama rantai sprocket terbaik untuk motor anda

Fahami selamanya tentang rantai dan sprocket motor dengan 7 soalan ini sahaja... Panduan pemilihan rantai terbaik untuk digunakan samada 428,420 atau 415 dengan harga MYR 27k...



Gambar jenama rantai motor terbaik EK



Panduan umum pemilihan rantai dan sprocket untuk motor dari dulu, kini dan selamanya... 



Salam. Kalau awak nak tukar rantai dan sprocket kat bengkel tak perlu risau boleh saja tanya terus pada mekanik disana tapi kalau rasa nak beli sendiri secara online awak kene tahu yang sesuai dan yang mana berkualiti sebabnya nanti takut tak tahan lama atau efek pada motor tu

Jadi disini ada sedikit tips untuk awak yang sedang tertanya-tanya apakah jenama rantai sprocket motor yang terbaik untuk digunakan pada motor. Antaranya yang paling popular set rantai sprocket ialah dari jenama DiD, Sss, RK(ori), RKM, EK etc




gambar rantai RKM
RKM 1 SET 428
RM 38-40
LINK KEDAI DISINI






1. Bila waktu tepat tukar rantai sprocket motor 


Sebelum pergi lebih lanjut mengenai rantai sprocket kita jawab dulu persoalan umum tentang bilakah waktu rantai sprocket perlu ditukar baru?

Seringkali disyorkan oleh pengeluar contohnya Honda bilamana motor menjangkau 500km awak perlu tarik dan minyakkan rantai itu. Pada  setiap kali penyelenggaraan rantai dibuat perlu diperiksa keadaan sprocket itu juga. Apabila sprocket kelihatan haus pada gigi(jadi tajam)  perlulah di buat gantian baru. Sprocket menjadi cepat rosak di atas faktor tiada penutup rantai, banyak menggunakan laluan berpasir, berdebu dan juga kerana sering biarkan rantai kendur, tidak pernah cuci, etc. Selalunya bila muncul tanda-tanda rantai berbunyi bising semasa berjalan, itu menunjukkan perlu diperiksa segera keadaannya




Gambar rantai dan sprocket motor


2. Bagaimana dengan saiz rantai


Ya sebelum membeli awak kene tahu saiz rantai motor awak contohnya bagi kebanyakkan motor cub bawah 150cc, saiznya ialah 428 atau 420. Rantai 428 adalah lebih lebar dari 420 dan kalau awak pakai sprocket 428 bermakna rantainya juga perlu 428. Maksudnya awak kene beli set iaitu rantai, sprocket depan dan sprocket belakang. Cara nak tahu motor awak rantai saiz berapa ialah dengan melihat pada rantai lama, kalau tak nampak kene cuci la ya.

Belum cukup saiz kelebaran, awak kena tahu juga panjang rantai motor awak contohnya 96,100,110L. Jadi pada kotak rantai tu mesti ada tulis contohnya 428 96L ialah untuk rantai motor Honda ex5 bermakna kalau pakai sprocket standard ex5 iaitu 14(depan) dan 36(belakang) pasti cukup panjang. Tapi kalau berniat nak pakai sprocket lebih besar awak perlu beli rantai lebih panjang seperti 100L kalau tak nanti rantai tak sampai. Beli rantai biar lebih panjang, untuk pendekkan boleh potong rantai tu, takda masalah.






Ingat rantai motor berbeza-beza panjangnya mengikut panjang swing arm motor tu dan juga berapa besar saiz sprocketnya. Contoh macam motor Yamaha 125z, swing arm lebih panjang serta sprocket saiz yang lebih besar dari ex5 jadinya perlu rantai lebih panjang contohnya 428 128L. Tapi tak ada masalah sangat kalau nak beli online taip saja contoh "set rantai sprocket Yamaha Y15" nanti keluar yang dah siap cuma tinggal pilih jenama yang awak nak dengan pilihan harga saja, cuma ini pengetahuan asas bagi awak tahu sahaja






3. Berapa ratio sprocket yang sesuai untuk motor saya


Diorang selalu sebut ratio sprocket iaitu bermaksud nisbah sprocket depan dengan yang belakang. Dia macam ni, kalau sekarang motor awak rasa ringan masa pickup tapi masa jalan jauh awak rasa motor berbegar, suara menjerit pada top speed atau rasa macam "mintak gear", jadi itu tandanya awak perlu menurunkan ratio sprocket. Sebaliknya awak perlu menaikkan ratio sprocket kalau rasa motor awak selalu naik 2 orang dan bawak berat sebab untuk elak masalah enjin tak larat masa naik bukit contohnya.

Naikkan ratio sama maksud besarkan sprocket belakang, turun ratio sama maksud pakai sprocket kecik.

Contoh pengiraan ratio adalah macam ni, sekarang sprocket motor awak yang asal/standard ialah 14-36

Jadi 36/14=
2.57142857143 atau 2.571

Contoh awak besarkan sprocket belakang kepada 39

Jadi 39/14= 2.786






4. Boleh tak saya modified pakai lebih kecil macam 420 atau set rantai 415


Boleh tak ada masalah jika ia set rantai berkualiti yang mempunyai ketahanan "tensile strength" yang tinggi seperti carta awak tengok kat bawah ni.










Gambar graf ketahanan rantai motor



Sekarang ini agak beruntung kerana terdapat peluang untuk kita menggunakan rantai 415 Moto3 yang ada dijual dipasaran dari jenama Did. Ini adalah rantai 415 dipercayai yang terbaik kerana ia dapat menangani mesin lumba 250cc Moto3 tanpa sebarang masalah. Jika mahu dapatkan sekarang Did 415ER, atau EK chain GP415RRX130 yang berharga sekitar MYR 27k . Harga yahudi?  Tak apa boleh cuba SSS 415 set (alloy sprocket) dengan harga sekitar MYR 120




Gambar rantai Enkei
Enkei 415 428 O Ring
RM24-85
LINK KEDAI DISINI








5. Apa kesan dia kalau pakai rantai lebih kecil? 


Yang ni paling teruja bagi mat motor sebab diorang fikir motor nak laju je, jadi memang benar bila permukaan rantai berputar dengan kurang geseran akan membuatkan putaran roda lebih ringan. Satu lagi membawa kepada penjimatan bahan api

Tapi seperti biasa ketahanan ada limitnya, perlu buat kira-kira lebih lanjut berdasarkan berat dan power out put dan berat motor tu




Gambar rantai motot 415


6. Saya dengar ada rantai O ring dan X ring, apa tu bosku? 


Itu adalah berkaitan rekaan pada rantai itu dibuat oleh pengeluar jenama tersebut bosku, supaya memberikan kelancaran semasa perjalanan dan lebih penting ia dilaporkan mempunyai jangka hayat lebih lama berbanding jenis rantai heavy duty yang biasa digunakan sebelum ini

Rantai o ring, x ring atau bermacam lagi dikaitkan dengan reka bentuk "seal" pada rantai itu. Oleh kerana rantai jenis ini mempunyai griss/minyak kekal didalam roler rantai, jadi Seal bertindak sebagai penebat menghalang rantai dari kekeringan pelincir. Seal berbentuk X dikatakan rekaan lebih baik.

Kekurangan pada rantai ini ialah ia lebih berat dari rantai heavy duty dan harga lebih mahal






7. Kesan rantai dibiarkan kendur


Penjagaan rantai sprocket adalah mudah


  • Regangkan rantai
  • Cuci bersih
  • Minyakkan kembali
  • Tukar bila sprocket haus atau rantai rosak


Tak ambil kisah rantai sprocket kesannya seperti selalu kita lihat menyusahkan kemudian hari seperti rantai jatuh, rantai putus, sprocket botak hanya menyusahkan awak kemudian hari
terpaksa tolak motor di tengah highway juga merbahayakan keselamatan sendiri




Gambar menunjukkan rantai kendur






Saiz rantai motosikal berkuasa tinggi (superbike)


Lebih muatan atau berat motor itu ia perlu guna rantai lebih besar untuk kekuatan yang lebih. Dibawah adalah carta saiz rantai motosikal berkuasa tinggi mengikut cc diterbitkan oleh Regina Italy



530. 1400cc, 
525. 900cc,1000cc,1200cc,1300cc, 
520. 250cc, 350cc, 450cc
428. 125cc, 
420. 85cc, 
415. 50cc, 60cc,




gambar carta saiz rantai motor berkuasa tinggi




Di bawah ini pula rantai motocross 



Gambar carta saiz rantai motocross




Kesimpulan


Di atas penerangan di atas bolehlah
awak menilai sendiri bagaimana pemilihan rantai sprocket perlu dibuat, disimpulkan disini bahwa pemilihan rantai sprocket yang betul berdasarkan faktor utama iaitu jenama yang berkualiti, saiz  dan juga penyelengaraan berkala akan memberikan keselesaan menunggang dan penjimatan penggunaannya.







0

Tiada ulasan

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

© all rights reserved
made with by templateszoo