Bilakah waktu tukar tayar motor yang betul

Jika awak penunggang yang bijak, adakah awak tunggu sampai tayar botak baru tukar... Disini jenis-jenis tayar motor terbaik yang kena pilih untuk kesesuaian permukaan jalan dan berikan ketahanan lebih lama

Gambar tayar motor haus
Gambar A


Pakai tayar sampai botak atau perlu di tukar lebih awal


Salam. Mengenai tayar motor biasanya bila nampak dah botak baru orang tukar tapi sebenarnya untuk keselesaan dan keselamatan diri kita disyorkan tukar tayar motor apabila tanda-tanda seperti dibawah ini muncul. Waktu tukar tayar motor bergantung kepada banyak faktor, jangka-hayat tayar itu pula dipengaruhi oleh laluan yang selalu digunakan, muatan berat motor, angin tayar, gaya tunggangan dan kualiti jenama tayar itu.







Alasan bila menukar tayar


Tayar motor perlu ditukar apabila awak rasa motor sedikit "lari" bila membelok, membrek dan semasa jalan basah ia tidak mencengkam. Mungkin juga awak terasa motor terlompat-lompat atau bergegar semasa menunggang

 Tapi umumnya alasannya kita menukar tayar ialah bila kita melihat keadaan tayar sudah botak, bengkak, retak atau selalu pancit.

Tanda-tanda seperti disebut kadang nampak lebih awal dan kadang lebih lewat berbeza pada setiap pengguna.

Seperti yang disebutkan di atas itu adalah tanda tayar perlu ditukar segera bermakna sudah pada stage akhir

Bagi penunggang yang mahukan kualiti tunggangan di tahap maksimum sepanjang masa mereka akan sentiasa memantau keadaan tayar motornya dan tidak menunggu sampai tayar sudah terlalu teruk baru nak tukar. Tapi bagaimana cara nak check tayar tu samada sudah rosak atau belum

Cara check tayar sudah haus ke belum



Bergantung kepada jenama tayar itu, tetapi kebanyakan jenama yang berkualiti mempunyai penanda kehausan tayar seperti didalam gambar cuma mungkin berbeza stail mereka



Gambar cara check tayar sudah rosak
Gambar B




Apabila permukaan tayar mula haus kesan dari pemakaian, ia akan menyamai penanda aras diatas (gambar A/B). Penanda yang asalnya tenggelam kini dilihat sama rata jadi jika digunakan lagi bermakna kondisi tayar itu sudah tidak terjamin untuk berfungsi dengan baik.

Biasanya apabila tayar sudah haus atau botak tengah atau tepi bulatan tayar sudah menjadi tidak sekata. Tayar motor seperti ini bukan sahaja cepat pancit tapi bahaya ketika menunggang laju di selekoh, motor akan "membuang".



Gambar tayar motor botak




Tayar-tayar seperti ini juga kekurangan abiliti saat membrek dan sering mengundang bahaya kepada penunggang motor itu

Usia tayar adalah tidak menentu kerana bergantung kepada kualiti bahan yang digunakan untuk membuatnya walaupun dilihat faktor cuaca panas sejuk, muatan dan permukaan jalanraya adalah memainkan peranan penting. Jika jenama yang digunakan tidak bermutu @ tayar murah, tayar itu mungkin tak lebih satu tahun digunakan sudah mulai retak. Tayar retak paling bahaya sebab berkemungkinan boleh pecah dan jika ia tayar tubeless ia akan berlaku pancit






Jenama tayar terbaik


Kalau sudah bersedia untuk tukar tayar awak boleh pilih jenama-jenama tayar motor terbaik yang popular seperti Dunlop, Michelin, Bridgestone, Pirelli atau tayar untuk motor cub seperti FKR atau Maxxis. Lihat tayar tubeless jenama baru bunga Diamond

Jenis tayar untuk digunakan


Setelah mendapat jenama pilihan awak boleh perlu tahu pula tayar jenis apa paling sesuai untuk motor awak contoh pakai motor besar(superbike), scooter, motocross atau motor cub.

Bukan sahaja faktor saiz tayar seperti 80/90,120/70, 250, 275 atau rim 14,16,17,18 awak juga perlu pilih untuk kesuaian jalanraya itu. Contoh lorekan/bunga tayar bentuk macam mana untuk jalan bertanah atau jalan tu agak licin, hujan, dll.


Gambar bunga tayar dua alam
Tayar dua alam(dual purpose)
50% tanah keras 50% tar

Gambar tayar motor terbaik
Tayar jalanraya
60% kering 40% basah

Gambar tayar motocross
Off-road
100% tanah 

Gambar tayar motor cub untuk jalan kering
Tayar jalanraya
80% kering 20% basah


Anggaran rating tayar untuk berlainan permukaan, lebih peratusan adalah lebih baik untuk permukaan itu



Tips lewatkan waktu tukar tayar


Pengguna yang lebih berat badan atau selalu bawa barangan berat tayar motor mereka lebih cepat haus dan disyorkan menggunakan jenis tayar yang lebih besar dan compound lebih keras dari biasa. Ini cara untuk lewatkan waktu tukar tayar itu dan lebih jimatkan belanja tukar tayar.

Cuba elakkan laluan berbatu jika ada pilihan, ini untuk mengelakkan tayar cepat rosak. Jika itu laluan harian sila menukar ke jenis tayar lain yang dapat menyesuaikan dengan ciri permukaan tersebut

Pastikan angin tayar sentiasa cukup kerana angin kurang boleh buatkan tayar cepat botak juga selalu pancit








Saiz tayar motor



Ya...untuk lebih laju pilih tayar lebih saiz yang kecil tapi untuk kestabilan semasa menunggang di laluan lurus atau di selekoh silalah pilih saiz tayar lebih besar bagi yang belakang. Lihat saiz asal motor awak itu sendiri seperti 250-17 untuk depan dan 275-17 yang belakang, itulah saiz tayar yang disyorkan pengeluar motor. Kelebihan juga bila permukaan tayar lebih lebar memberikan lebih grip ketika braking.



Lebih banyak siaran menarik - lawati Halaman Depan blog ini !
© all rights reserved
made with by templateszoo