Mari kita sama-sama mengenali nama komponen-komponen pada sesebuah kereta semoga nanti kita boleh sebut kepada tokey kedai sparepart kalau-kalau barangan itu perlu ditukar ganti yang baru. Bagi pemilik kereta baru artikel ini adalah tidak berguna kerana masing-masing sudah ada buku "owner manual" ya
Pada post kali ini admin kongsikan pengetahuan untuk nama-nama komponen bahagian luaran body kereta dan juga dalaman. Mana satu hood, bumper, grill, guard atau mana satu odometer, temperature gauge spertinya. Ini adalah basic saja kira sekolah rendah punya la :)
Yang sokolah menengah klik link yang admin berikan ya
Ok, tanpa membuang waktu mari kenali nama part kereta bahagian luaran dan dalaman, nama panggilan adalah dalam English US
![]() |
Nama bahagian luaran kereta
Perbezaannya nampak disini untuk bahagian luaran kereta contoh Hood tu biasa dengar orang sebut Bonnet sebab ikut English UK dan lagi sesetengah orang kedua-dua "bantai" Bonnet depan/belakang. Sebenarnya kalau ikut UK depan panggil Bonnet dan Bonnet belakang(Trunk) tu panggil Boot
Nama bahagian dalaman kereta
Alang-alang lihat bahagian dalam kereta ni check sekali bahagian meter pula, mana satu yang disebut Odometer, temperature gauge dll.
Mari buka Bonnet kereta anda
Ok, setiap hujung minggu lepas basuh kereta tu disyorkan buka bahagian dalam bonnet untuk check level minyak hitam atau mahu tambah air coolant. Seperti dalam gambar tu adalah asas sebuah enjin kereta dan alatan luaran yang penting untuk owner kereta ketahui.
Baik setekat tu sahaja perkongsian untuk kali ini mengenai nama-nama komponen luaran dan dalaman sebuah kereta. Kalau anda tak tahu kini dah mulai tahu serba sedikit tentangnya. Kita bersambung pula pada perkongsian tentang perkara lain pula.