Cara menukar timing belt kereta Saga Blm

Diy part 2 kerja membuka dan memasang komponen bahagian timing belt Proton Saga Blm termasuk video...


Membuka dan memasang timing belt kereta Proton Saga Blm



Gambar timing belt pada enjin kereta





membuka fan belt <-- (artikel sebelumnya). Jadi sekarang tinggal lagi keluarkanlah ia dari enjin kereta itu.

Langkah seterusnya ialah untuk membuka timing belt pula. Sebelum itu harus membuka beberapa komponen berkaitan dengannya. Kalau tak ada masa membaca terus saja ke bawah untuk menonton video tutorial brother pomen kita.

Sebelum meneruskan diy part itu ini seperti biasa sedikit informasi umum bagi pemilik kereta tentang timing belt. Timing belt atau tali sawat adalah alat perantaraan yang berputar selari untuk menghubungkan putaran crankshaft dengan camshaft. 







Sama dengan fungsi timing chain pada enjin motor 4 stroke. Waktu tukar timing belt di recommended ialah setiap 90 ribu km walaupun mampu pergi sejauh 100 ribu km perjalan. Waktu tukar awal lebih awal dibuat sebagai langkah berjaga-jaga kerana jika timing belt putus ia akan memberi kesan yang buruk pada enjin kereta itu dan belanja ribuan ringgit untuk proses membaikpulih sistem enjin. 


Lanjutan kerja-kerja membuka dan memasang timing belt Proton Saga Blm

Buka tensioner

Gambar tensioner fan belt
Tensioner fan belt

Buka cover plastik hitam penutup timing belt atas(gambar diatas)

1.Marking timing belt 

2.Buka keluar crankshaft pulley sehingga nampak sprocket crankshaft seperti dibawah

Gambar sprocket crankshaft proton blm

3.Buka cover bawah belting

4.keluarkan tensioner bearing

Gambar tensioner bearing


5.Tarik keluar timing belt


Pada masa sekarang ini bolehlah lanjutkan kerja jika nak tukar oil seal crankshaft, oil seal camshaft atau water pump silakan. Tapi bagi kereta proton admin ni selain fan, timing belt semuanya masih berada dalam keadaan baik jadi tak perlulah ditukar.

Ok bersambung, kerja memasang timing belt pula






Cara marking timing belt Saga Blm


Gambar sedang memasang timing belt saga blm


Ketika memasang timing belt perlu setiasa memerhati marking timing belt bahgian atas dan juga bawah, jika tersilap bahkan kalau lari satu mata pun akan menjadi masalah enjin. Caranya ialah putarkan crankshaft dengan spana sehingga ia bergerak menuju marking yang tepat seperti yang telah ditanda pada enjin proton blm itu.

Masukkan timing belt secara berhati-hati sambil memerhatikan markingnya.

Gambar marking atas saga blm
Marking atas

Gambar marking belting blm bahagian bawah
Marking bawah


Setting tensioner bearing


Sudah berjaya pasang pula tensioner bearing nya. Tensioner bearing ni berfungsi sebagai alat pengawal regangan timing belt. Timing belt tidak boleh terlalu tegang dan terlalu kendur kerana boleh jadi bunyi atau cepat putus, admin setting ketegangan tahap minimum sahaja (belt boleh melentur sedikit). Selesai sudah tensioner bearing diketatkan kini bersedialah memasang kembali semua kelengkapan lainnya.

Gambar cara setting tensioner bearing


Memasang kembali fan belt juga sama seperti proses membukanya, pastikan dulu laluannya betul, masukkan bahagian bawah dulu, cungkil/tekan tensioner fan belt untuk pemasangan selesai.


Video penuh
Cara tukar timing belt


Alhamdulillah dengan cara itulah admin berjaya menukar set belting Proton Saga Blm admin. Terima kasih tak terhingga kepada brother kita yang sudi kongsi ilmu bermanfaat, tanpa beliau hal ini tidak bisa dibuat oleh newbie mcm admin. Ok, setakat itu sahaja diy untuk kali ini harap sedikit sebanyak membantu anda menukar belt kereta sendiri. Wassalam







Lebih banyak siaran menarik - lawati Halaman Depan blog ini !
© all rights reserved
made with by templateszoo