Cara membuka fan belt kereta proton Blm diy part 1

Part 1 satu ini saya kongsikan cara membuka fan belt/Serpentine belt Proton Saga Blm dengan 5 langkah mudah untuk newbie macam saya sendiri... Alhamdulillah berhasil seperti video ini selepas siap pasang...


Gambar fan belt kereta yang dah rosak
Fan belt


Part 1 cara menukar belting Proton Blm mula membuka komponen enjin sehingga fan belt


Assalamualaikum, admin nak kongsikan  pengalaman pertama admin tukar timing belt kereta admin sendiri iaitu Proton Saga Blm moga jadi inspirasi kepada anda yang sama seperti admin newbie kubis lebih sedap panggil seorang pemula dalam bidang mekanik kereta ini. Abaikan perasaan takut itu, yakin pada diri sendiri pasti anda juga boleh buat ya :)

Di sini admin bukan mahu mengajar tapi sekadar berkongsi pengalaman dan cara admin buat kerja untuk menukar timing belt serta fan belt pada kereta sendiri yang telah berbunyi sebelum ini dan admin rasa yang komponen tersebut telah rosak. Beberapa minggu sebelum ini ada tanda-tanda menunjukkan ada sesuatu tak kene pada enjin kereta itu, bunyi macam tali kendur dan juga bersiul atau berdesing. Setelah diperiksa nampaknya betul ade kesan retak pada fan belt.

Ketahui dulu pengetahuan umum tentang fungsi fan belt ini pada kereta. 


Ia dikenali sebagai serpentine belt (diperingkat antarabangsa) dulunya dipanggil fan belt atau tali kipas kerana berdasarkan rekacipta enjin kereta pada zaman dulu, kini kipas berkerja secara elektrikal. Surpentine belt adalah tali pinggang tunggal yang berterusan berfungsi untuk memacu pelbagai alat periferi dalam enjin automotif, seperti alternator, pam stereng kuasa, pam air, pemampat penyaman udara, pam udara, dan lain-lain. Tali pinggang ini juga disokong tensioner untuk mengawasi regangannya



Ok lanjutkan pada diy kita - Selepas diteliti enjin itu dan faktor dompet pun tengah kering jadi admin membuat keputusan untuk menukarnya sendiri. Bersyukur atas kemajuan teknologi multimedia sekarang semua benda kita boleh belajar buat dalam masa yang singkat. Setelah menonton beberapa buah video di YouTube(ada dilampirkan sekali nanti disini) alhamdulillah akhirnya berjaya. Ini video semangat untuk anda setelah siap pasang semua :)

Video 






DiY membuka fan belt Proton Blm

Langkah pertama - proses buka tayar kereta


Gambar buka nut tayar kereta


Ya langkah perlulah membuka 4 biji nut pada rim tayar kereta itu. Menggunakan special socket skru sportrim dan spanar palang 4 dituas kuat-kuat untuk melonggarkan nut-nut itu terlebih dahulu

Ke 2 - Jack kereta


Gambar cara jack kereta


Sekarang admin tak ada " jack buaya" jadi pakai saja jack yang ada dan juga dengan 4 biji batu-bata sebagai penyokong :)

Setelah kereta di jack barulah admin keluarkan tayar kereta itu.

Ke 3 - Buka mudguard/fender liner


Gambar finder liner kereta


Tayar dah dikeluarkan, sekarang ni bukalah pula mudguard,fender liner dalam bahagian tayar tu supaya nampak enjinnya

Ke 4 buka fan belt


Pada ini kerja-kerja bahagian enjin bolehlah dimulakan

Buka bonet
Buka engine mounting/bracket(enjin akan turun sedikit kebawah)

Gambar mounting enjin saga

Gambar mounting enjin setelah dibuka
Setelah dibuka


Alih jek ke bahagian bawah enjin pula untuk naikan enjin bagi memudahkan kerja bahagian atas

Nak buka fan belt perlu longgarkan nut crankshaft pulley terlebih dahulu.

Gambar crankshaft pulley kereta proton saga blm


Cara buka nut crankshaft pulley paling senang ialah dengan teknik start enjin - sangkut spana pada nut dan start bagi enjin putar sekejap nanti spanan automatik langgar body dan nut akan terbuka. Terima kasih kepada abang yang buat video tu tunjuk ajarkan kung fu terhebat ini untuk pomen sendiri macam saya ni.

Ke 5 - Tuas tensioner



Gambar fan belt tensioner saga blm
Tuaskan ke depan


Gambar sedang menuas tensioner untuk membuka fan belt kereta


Oleh kerana fan belt masih tegang ketika ini, saya guna kung fu juga untuk keluarkan fan belt iaitu dengan menggunakan sebatang skru driver untuk tuas tensioner  itu kedepan sambil keluarkan tali kipas(fan belt) itulah caranya kerana perlu longgarkannya terlebih dahulu. Jangan bimbang post yang kedua admin akan kongsikan videonya

Selesai sudah diy part 1 peringkat awal cara membuka komponen-komponen berkaitan sebelum kita menuju pula ke part 2 langkah seterusnya membuka timing belt <--





Lebih banyak siaran menarik - lawati Halaman Depan blog ini !
© all rights reserved
made with by templateszoo