Minyak pelincir enjin Mobil 1 untuk motosikal
Mobil 1 adalah lagi satu lagi jenama minyak hitam/minyak pelincir yang bermutu lagi berkualiti tinggi yang boleh dicuba pakai pada motosikal anda. Mungkin jarang-jarang kita dengar tentang jenama ini tapi hakikatnya ia telah sebati dalam dunia permotoran sejak lebih 100 tahun dulu bermula di Amerika dan sehingga kini telah menapak ke seluruh dunia tergabung syarikat menjadi ExxonMobil. Terkenal di arena sukan perlumbaan motor dan kereta sebagai penaja pasukan dan banyak kemenangan telah dibawa pulang hasil kerjasama dengan mobil 1.
Jadi kini supaya tidak ketinggalan admin akan memperkenalkan 3 jenis minyak hitam khas untuk motor disyorkan oleh Mobil 1 untuk anda membuat penilaian untuk dicuba pakai pada motor anda. Suka diingatkan juga bahwa untuk menilai kesesuaian penggunaan minyak bagi setiap enjin motor itu adalah dari segi kapasiti enjin(berapa besar enjin), jenis enjin(4 lejang atau 2 lejang),jenis transmisi manual atau automatik, gaya tunggangan anda(perlahan atau perlumbaan) dan terakhir sekali suhu cuaca. Ini semua perlu ketepatan dengan jenis dan kod minyak itu seperti yang telah saya ulas serba sedikit dulu. Jadi langsung saja kita berkenalan dengan 3 minyak hitam Mobil 1 di bawah Ini
Mobil special 4t 20w-50
Ini adalah minyak hitam terbina hasil dari pembaikan minyak mineral untuk kegunaan enjin 4-lejang,mempunyai addictive (ubat) yang berkeupayaan untuk mengelakkan berlakunya deposit minyak, perlindungan dari hakisan/kehausan dalaman enjin.
Mobil special 4t 20w-50 adalah sesuai untuk motosikal enjin 4 lejang/4-stroke kecil, mesin pemotong rumput, generator kecil dan pam. Spesifikasi- Api SF, Jaso MA
Mobil Super 4t 20w-50
Minyak berprestasi tinggi untuk kegunaan biasa semua motor 4t. Mobil Super 4t 20w-50 terhasil dari pembaikan minyak mineral berkualiti tinggi advance addictive system sehingga dapat memberikan penjagaan kebersihan dan mengelakan berlakunya hakisan cepat.
- -memanjangkan jangka-hayat enjin
- -membantu enjin jadi bersih dan lembut
- -penjagaan komponen enjin
Spec- Api SG
Mobil Extra 4t
Minyak semi-synthetic berprestasi tinggi untuk enjin 4-lejang, dibangungkan untuk memberi lebih kepada pembersihan enjin dan perlindungan hebat kepada semua jenis motosikal
Mobil Extra 4t ialah gabungan unik minyak mineral berkualiti tinggi bersama synthesised hydrocarbon baseoil dan mempunyai advance addictive system untuk menyediakan pembersihan cemerlang enjin dan hindari hakisan.
- -lebih panjang jangka-hayat enjin keseluruhannya
- -Haba bagus, pengstabilan pengoksidaan dan kawalan penyejatan
- -enjin bersih,lembut dan lancar
- -memberi ketahanan pada valve dan bearing
- -mudah hidup pada suhu sejuk
Minyak kualiti standard terkini yang disyorkan khusus untuk semua enjin 4t. Spec-Api SJ, Jaso MA
Nah itulah dia 3 produk minyak hitam untuk pelbagai jenis motosikal daripada Mobil 1. Seperti biasa pesanan admin, silalah rujuk juga kepada pengedar motor anda tentang minyak yang sesuai enjin mereka sebelum memilih untuk dipakai pada motor. Sekian, wassalam...