-->

minyak petrol Ron95 atau Ron97 untuk kereta baru

Gambar kereta sedang isi minyak

Pilih mana lebih baik guna minyak petrol Ron 95 atau Ron 97 untuk kereta baru

Hari ini admin akan cuba membantu anda tentang pemilihan minyak petrol paling sesuai untuk di isi pada pada kereta khasnya disini. Ini kerana tentu sahaja anda  mahukan isian paling jimat, tambahan pula anda pemilik kereta baru dan belum mencuba perjalanan dengan pelbagai jenis minyak petrol untuk mencari yang manakah paling jimat. Admin membongkar banyak laman web serta dengan sedikit pengalaman admin sebagai mekanik motor agar dapat kongsikan sedikit info agar manfaat untuk anda.



Biasanya di stesen minyak negara kita terdapat 2 pilihan minyak petrol yang boleh diisi pada kereta,motor atau kenderaan lain (dengan enjin petrol)
samada Ron97 atau Ron95. Jadi mana satukah pilihan anda pemilik kereta baru takut-takut jenis petrol digunakan nanti juga membawa kesan yang buruk pada kereta anda di masa akan datang.

Mana satukah petrol lebih baik di antara ron95 dikenali sebagai minyak murah atau ron97 minyak mahal untuk kereta baru dari segi penjagaan enjin marilah kita semak dulu perbezaan antara keduanya.

Oktana minyak petrol


Minyak petrol dikelaskan mengikut Octane(oktana) dan biasanya untuk minyak biasa/murah adalah 95 octane dan minyak premium/minyak mahal adalah dengan 97 octane. Penarafan octane menunjukkan rintangan petrol kepada situasi pra-nyalaan yang berlaku didalam sesebuah enjin itu.

Bagaimana pra-nyalaan terjadi adalah seperti ini; proses enjin memampatkan campuran petrol dan udara selepas itu dinyalakan oleh spark plug. Ironinya, satu cara untuk mendapatkan lebih kuasa enjin ialah dengan meningkatkan mampatan itu sebelum ia dibakar, tetapi apabila mampatan atau compression terlampau kuat boleh berlaku nyalaan petrol pra-matang pada enjin kereta itu. Hal ini dikenali juga sebagai " knocking". Enjin knocking- pemanduan terasa sempot-sempot atau melompat pada kelajuan tertentu.

Jadi minyak petrol dengan octane tinggi seperti ron97 adalah lebih rintangan dari fenomena pra-nyalaan. Jesteru itu kereta-kereta mewah atau kereta sport, turbocharger dengan mampatan tinggi perlukan minyak petrol premium itu.

Bagusnya bagi kereta-kereta baru pada masa sekarang kebanyakkan dilengkapi sebuah teknologi dengan sensor yang dapat mengesan masalah knocking berlaku dan memanipulasi semula sistem enjin untuk mengatasi masalah pra-nyalaan itu. Jadi masalahnya akan kurang berlaku pemanduan anda akan kekal selesa. Dibandingkan pada kereta lama keluaran dulu-dulu masalah pra-nyalaan ini boleh menyebabkan kerosakkan yang serius dan repair mahal pada kerata anda. Jadi bolehlah anda check samada kereta baru anda mempunyai sensor KS.

Ini mungkin berlaku hanya untuk pemilik kereta lama,
Kadang-kala masalah enjin knocking berlaku disebabkan tiada keselarasan sistem enjin adalah lebih baik membuat penyelarasan dan berkemungkinan juga enjin anda telah berlaku deposit dan enapan karbon akan meningkatkan mampatan anda perlukan pembersihan semula deposit enjin  dibengkel daripada memilih membayar lebih untuk petrol premium.

Gambar deposit petrol pada valve enjin
Berlaku deposit pada valve


Perlu guna Ron95 atau 97


Jika guna ron 95(rendah octane) pada kereta perlukan minyak premium, kereta akan terkurang sedikit kuasa enjin dan perlukan lebih isian minyak(minyak kuat) untuk sesuatu jarak perjalanan. Dan bila menggunakan petrol ron97(lebih octane) pada kereta yang perlukan minyak murah-anda hanya bazirkan wang, tiada beza sangat. Eloklah dirujuk semula pada buku panduan pemilik tentang penggunaan minyak petrol terbaik untuk kereta baru anda.

Sesuatu situasi yang mengembirakan dikesan oleh mekanik seperti Scotty kesan bahawa masih banyak kereta keluaran baru dengan enjin moden masih sesuai dan disyorkan oleh pengeluar itu sendiri untuk menggunakan minyak petrol [email protected] murah untuk kereta keluaran mereka. Ini adalah berita baik untuk anda disamping menikmati pemanduan hebat kereta baru anda tidak perlu bayar lebih untuk petrol, jimatkan minyak, gunakan sahaja ron 95.

Gambar menunjukkan Scotty kilmer bertanya minyak ron95 atau 97
Scotty Kilmer


Jenama minyak petrol terbaik di Malaysia 


Kalau mahu dihitung ada begitu banyak sekali jenama minyak petrol di Malaysia ini seperti
Petronas, Shell, Petron, Mobil, Caltex, Bp dan Esso yang diketahui sehingga kini. Masing-masing menawarkan petrol terbaik untuk kenderaan bermotor, masing-masing dengan ramuan sendiri begitu sulit untuk dibongkar dan kita diberi pilihan samada menggunakan ron95 atau ron97 mahupun 100 ron sukatan pembacaan untuk memilih. Selainnya, harus dicuba guna dulu sebelum boleh tentukan ramuan jenama(komponi) mana yang terbaik. Disituasi lain, banyak komponi minyak mengiklankan addictive yang terdapat pada petrol mereka, realitinya semua minyak petrol mengandungi detergent untuk menolong enjin jadi bersih untuk kekal sihat.



Sumber


https://www.liveabout.com/what-kind-of-gasoline-to-use-532752

https://support.shell.com/hc/en-gb/articles/115002792532-What-is-Octane-

https://youtu.be/dmNQ66AtyWk

https://youtu.be/yLmWzCV6CI8

http://cf.linnbenton.edu/eit/auto/dubanom/print.cfm?pgID=9951

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.