4 Minyak 4t Shell boleh kurangkan enjin begegar dan bising

Atasi masalah enjin motor berbunyi bising dan bergegar dengan menggunakan 4 keluaran minyak pelincir dari Shell ini... Shell advance ax3,ax5,ax7 dan shell ultra...






Spesifikasi 4 jenis Minyak pelincir motor dari keluaran Shell



Shell adalah nama tersohor dalam menghasilkan minyak pelincir 4t berkualiti yang akan memberikan hasil terbaik untuk motor anda. Minyak 4t Shell memang dipercayai dan telah terbukti mutu produknya sehingga kini sejumlah besar pengguna motor di Malaysia memilih minyak jenama Shell untuk kegunaan kenderaan mereka itu. Lihat saja jika anda kunjungi bengkel motor pasti terdapat botol-botol minyak 4t Shell memenuhi rak jualan mereka.

 Shell juga dilihat begitu unggul di arena permotoran dunia sebagai penaja dan penyumbang kepada pasukan tajaannya sehingga mengecapi banyak kejayaan bersama. Jadi tidak hairanlah kenapa Shell begitu popular di dunia permotoran sehingga setiap kali produk mereka keluarkan khasnya disini minyak pelincir enjin, pasti laris terjual.

Gambar menunjukan shell berkerjasama dengan sukan lumba motor ducati


Apakah kelebihan minyak 4t Shell berbanding minyak jenama lain. Admin bertindak "tidak mahu menambah gula pada minuman anda" , sekadar berkongsi info yang di amati dan buatlah penilaian sendiri dengan bijak. Jesturu, hari ini admin wawarkan 4 lagi produk minyak pelincir untuk motor yang boleh diguna pakai dari jenama terpopular iaitu Shell.

Setelah admin teliti keterangan dari pihak disini admin menyatakan  Shell menawarkan kelebihan minyak mereka dari segi sudut kebersihan dalaman enjin dan untuk memberikan enjin mencapai jangka hayat lebih lama. Yang paling menarik ia juga dapat menghilangkan bunyi bising pada enjin motor juga masalah gegaran pada enjin juga boleh hilang. 

Wow! Memang menarik bukan tapi tentu sekali Shell bermaksud gegaran pada kondisi standard itu sahaja, kalau gegaran disebabkan masalah kerosakan enjin tak mungkin boleh selesai hanya dengan menukar minyak kepada jenama Shell, perkara begitu segeralah hadap ke mekanik motor (laman web lain) anda... :D

Shell Advance Ax3


Gambar minyak pelincir enjin untuk motosikal shell



Minyak yang ideal untuk motor underbone dan moped dengan enjin kecil, jalan jauh, perjalanan panas, enjin yang selalu berkerja keras yang perlukan pelincir terpercaya berprestasi berterusan memberi perlindungan. Ia adalah minyak berprestasi tinggi terpercaya untuk melindungi dan membersih enjin di antara waktu tukar minyak.

Minyak Shell Advance Ax3 diformulakan dengan Shell Active Cleansing Technology yang mana membantu mengelakkan debu halus yang melekat bersama menjadi deposit. Juga memberi perlindungan dan memanjangkan jangka-hayat enjin.

Tersedia dalam gred : SAE J300 15w-40, 20w-50 dan SAE 40

Formula menepati : API SG dan JASO MA


Shell Advance Ax5




Mempertingkatkan prestasi motor standard, underbone, moped. Semasa berhenti- dan hidupkan putaran dalam perjalanan ulang-alik kerja, enjin bersaiz sederhana perlukan minyak berprestasi terpercaya dibawah pelbagai keadaan.

Shell Advance Ax5 ialah minyak yang ideal untuk motosikal standard dan terima kasih pada keupayaan preatasi terpercayanya yang membantu melindungi dan membersihkan enjin dan jangka-hayat yang lama.

Minyak 4t ini diformulakan dengan Shell Active Cleansing Technology yang membantu mengelakkan debu halus yang melekat bersama menjadi deposit.

-mengurangkan enjin bunyi bising dan bergegar
-melindungi dan memanjangkan jangka-hayat enjin.

Tersedia dalam gred: SAE J 300 10w-30, 10w-40, 15w-50, 20w-40, 20w-50

Formula menepati API SL, JASO MA








Shell Advance AX7


Gambar minyak pelincir motor shell ax7



Mempertingkatkan prestasi enjin standard, underbone dan moped. Minyak pelincir ini ideal bagi motosikal berprestasi tinggi. Walaupun di bawah kondisi tekanan, ia menolong memastikan enjin anda sampai tenaga dan tork puncak, memperbaiki kawalan dan keselesaan dan mempertingkatkan keterujaan dan keselesaan tunggangan anda.

Shell Advance AX7 diformulasi dengan Shell Active Cleansing Technology yang menolong mengelakkan debu halus yang melekat bersama menghasilkan deposit.


  1. -Terima lebih kuasa dan tindak-balas
  2. -mengurangkan bunyi bising dan gegaran pada enjin 
  3. -perlindungan dan memanjangkan jangka-hayat enjin


Terdapat dalam pelbagai gred :
SAE J 300 10w-30, 10w-40 dan 15w-50

Formula menepati API SM, JASO MA2


Shell Advance Ultra


Gambar minyak 4t shell advance ultra

Beli Sekarang Disini




Minyak fully synthetic motosikal 4-lejang dengan RCE Technology. Direka cipta bagi menyediakan prestasi Shell yang muktamad untuk kegunaan semua motosikal moden.

Shell Advance Ultra menyediakan perlindungan dan prestasi Shell yang muktamad untuk apa jua saiz enjin motor moden.

Minyak 4t ini menyampaikan kawalan cemerlang dan tukaran gear yang lancar, dan pelbagai keseronokan tunggangan, terima kasih mengurangkan bunyi dan gegaran. Ia adalah fully synthetic technology menolong untuk memanjangkan jangka-hayat enjin anda.








  1. -Fully synthetic technology, untuk perlindungan dan prestasi Shell yang muktamad
  2. -kestabilan rucih yang baik, meredakan getaran dan kurangkan bunyi enjin
  3. -kawalan gegaran yang dioptimumkan, untuk kelembutan hubungan klac dan pertukaran gear
  4. -Shell Advance RCE* Technology, membantu preatasi motor anda pada potensi puncaknya dan bertindak balas dengan sedikit sentuhan anda 
  5. -Membuang enap cemar dan enjin deposit


*RCE = Reliability of oil-performance, control, enjoyable ride

Terdapat dalam gred : SAE J 300 10w-40 dan 15w-50

Formula menepati API SM, JASO MA2

Seperti itulah lebih kurang yang diperkatakan oleh pihak Shell tentang 4 jenis minyak 4t mereka untuk kegunaan motosikal yang boleh dibeli dan diguna-pakai sekarang. Seperti biasa suka diingatkan sebelum memilih menggunakan minyak 4t silalah merujuk kepada pihak pengeluar motosikal anda kerana mereka lebih arif tentang enjin yang mereka cipta. Rujukan (Shell web)









Lebih banyak siaran menarik - lawati Halaman Depan blog ini !
© all rights reserved
made with by templateszoo