Pelincir enjin khas untuk motor Kawasaki

Kawasaki mengeluarkan minyak pelincir khas untuk enjin motor yang mereka bina... Sekarang pemilik motor Kawasaki tidak lagi pening kepala memilih minyak 4t untuk motor mereka...
Gambar minyak pelincir Kawasaki semi synthetic dan fully synthetic


Berita baik untuk pengguna motor kawasaki kerana sekarang anda telah memiliki minyak pelincir motor jenama anda sendiri. Tidak perlu lagi pening kepala memikirkan minyak apa yang sesuai untuk motor Kawasaki kesayangan anda,hanya perlu ke agen berdekatan sekarang untuk mendapatkan pelincir enjin khas untuk Kawasaki ini.







Sebenarnya Kawasaki Motors(Malaysia) Sdn. Bhd telah melancarkan perasmian minyak mereka sendiri ini sejak tahun 2018 lagi di MITEC,Kuala Lumpur. Minyak 4T motor ini dilahirkan di atas kerjasama pihak Kawasaki dengan Idemitsu Lube(Malaysia) Sdn. Bhd.

Gambar seketika perasmian minyak pelincir oleh Kawasaki


4T semi synthetic dijamin bekerja baik dengan enjin Kawasaki anda, memberikan penjagaan enjin ke tahap maksimum. Sementara minyak 4T synthetic penuh memberikan kualiti kelas premium untuk mengoptimumkan kuasa dan prestasi enjin motor anda. Dipetik dari http://ministryofsuperbike.com

Kedua-dua pelincir enjin Kawasaki ini boleh diguna pakai bermula hari ini dengan harga di pasaran RM 29.90 dan 39.90 sebotol di kedai-kedai Kawasaki Ninja.

Lebih banyak siaran menarik - lawati Halaman Depan blog ini !
© all rights reserved
made with by templateszoo