Motor bau hangit sebab pump minyak hitam rosak

Bau hangit tu keluar apabila oil pump gear rosak.. Enjin boleh jem kerana tiada pelincir mengalir pada bahagian head motor itu..
Gambar enjin motor hangit

Punca dan kesan motor bau hangit


Motor bau hangit ke encik? Ini dia kemungkinan penyebab masalah motor encik tu.Tapi sebelum tu pastikan periksa takut-takut ada plastik atau getah melekat pada ekzos atau pada enjin.Wiring shot pun sama akan keluarkan bau hangit,tak kira masa berjalan atau masa motor tengah idle.
Kalau tak ada semua tu barulah kena periksa bahagian dalaman enjin motor anda kerana selalunya perkara ini disebabkan minyak hitam tak naik atau tak jalan.

Gambar oil pump gear
Oil pump gear








Pump minyak hitam rosak


Macam kes saya dapat pada motor Honda ex5 Dream ini adalah masalah pada sprocket pump minyak hitam(oil pump gear).Sprocket dia dah pecah rosak jadi ia tak boleh berfungsi lagi.Fungsi oil pum gear ni ialah untuk menjana pump minyak hitam yang berada pada sebelah klac,jadi bila ia tak berfungsi maka minyak hitam tak dapat mengalir pada bahagian top enjin motor tu.Bahagian dimana terdapat Chamshaft dan Valve disitu.

Kesan minyak hitam tak jalan ini menyebabkan komponen pada bahagian head itu kering tiada minyak pelincir.Geseran kering tanpa minyak hitam pada komponen-komponen itu akan mengeluarkan bau hangit  itu.

Solusi masalah ini ialah dengan mengantikan ia kepada baru,jangan dibiarkan kerana boleh membuatkan enjin jem.Kerosakan teruk dan kos baiki yang tinggi bakal anda tanggung.So jangan ambil tak kisah ya bila motor keluarkan bau hangit,cepat-cepat pergi periksa..ops! Motor baru bau hangit tak apa..standardlah..







Lebih banyak siaran menarik - lawati Halaman Depan blog ini !
© all rights reserved
made with by templateszoo