-->

Minyak hitam punca motor berasap putih

Minyak hitam bocor dalam enjin adalah penyebab motor berasap putih 


Sebagai pengguna motor biasa mungkin anda tidak mengerti kenapa boleh minyak hitam itu boleh menjadi punca penyebab kepada masalah motor berasap putih.Jadi hari ini admin mahu kongsikan kepada anda bagaimana hal ini boleh terjadi.

Sebelum tu mari kita lihat cara aliran minyak hitam didalam enjin sebuah motor jenis 4-stroke dan juga 2-stroke.

Pengaliran minyak enjin motor 4-stroke 

Gambar cara kerja enjin 4-stroke
Biru=minyak hitam 



Bagi motor 4-stroke penggunaan minyak hitam adalah kritikal kerana hampir keseluruhan bahagian dalam enjinnya dialirkan dengan minyak hitam,kecuali pada bahagian kebuk pembakaran.

Cara minyak hitam bekerja dalam enjin 2-stroke 


Gambar cara kerja minyak hitam enjin 2-stroke
Biru=minyak hitam
Hijau=minyak 2t


Motor 2-stroke menggunakan dua pelincir enjin yang berbeza,pertama dikenali sebagai minyak 2t dan kedua pula ialah disebut sebagai minyak hitam.Masing-masing bekerja untuk komponen enjin  dikawasan berlainan dan dipisahkan dengan dinding dan oilseal pada rongga belubang dihujung cranshaft.

Kegunaan minyak 2t ialah untuk melindungi kawasan pembakaran enjin yang mana terdapat komponen seperti piston,ring dan crankshaft disitu kecuali kawasan kecil di atas kepala piston (kebuk).Kawasan atau bahagian enjin ini adalah tertutup dari dimasuki Minyak hitam,manakala kawasan minyak hitam mengalir didalam enjin jenis 2-stroke ini pula adalah pada kawasan yang terdapat komponen seperti clutch dan gearbox.


Ok,setelah anda memahami situasi ini sekarang kita menjejaki pula dimana datangnya masalah yang menyebabkan enjin motor  mengeluarkan asap putih terutamanya pada enjin 4-stroke.

Gambar kebuk pembakaran
Kebuk pembakaran 4-lejang 


Minyak hitam menyusup melalui valve  seal


Tadi anda sudah diberitahu yang mana hampir kesemua kawasan enjin 4-stroke atau 4-lejang dialirkan minyak hitam kecuali kawasan kebuk pembakaran.Punca sebenarnya motor berasap putih ini ialah kerana minyak hitam telah menyusup masuk dan bercampur dengan bahan bakar di kebuk itu.Apabila minyak hitam akan turut serta dibakar bersama bahan api tadi akan mengeluarkan banyak asap melalui ekzos kerana sifat minyak hitam itu sendiri bila dibakar akan mengeluarkan asap putih.

Tempat dimana ia boleh menyusup masuk ialah dicelah valve seal yang telah rosak.Valve seal ialah getah kecil yang bertindak sebagai penghalang minyak hitam menyusup dicelah batang valve yang bekerja secara turun naik itu.Setiap satu valve akan mempunyai seal ia sendiri.

Bore blok longgar menyebabkan minyak lolos

Gambar kepala piston
Kepala piston 4-lejang 

Lokasi kedua dimana minyak hitam itu boleh lolos ialah di blok silinder iaitu rumah bagi piston bergerak.Walaupun piston mempunyai ring tapi ia akan tetap gagal menghalang minyak hitam dibawahnya melompat ke atas kepala piston itu.Ini terjadi bilamana saiz lubang blok(bore)  itu sudah semakin meluas,longgar dari asal dan minyak hitam akan lolos dicelah-celah ring piston itu.

Kesan motor berasap putih 


Motor 2 lejang juga mengalami masalah sama seperti motor 4-lejang cuma keadaannya adalah berbeza.Motor 2-lejang (stroke) sememangnya mengeluarkan asap kerana penggunaan minyak 2t tapi bila mana berlaku masalah minyak lolos melalui oil seal crankshaft,asap yang dikeluarkan adalah agak luar biasa bila dilihat,ia begitu banyak sekali.

Baik motor 4-lejang atau 2-lejang apabila berlaku minyak hitam bocor dalam enjin,motor itu akan menghadapi masalah plug basah seterusnya mati plug.Bila mati plug enjin pun tak boleh hidup.

Jadi begitulah jahatnya minyak hitam yang mungkin anda belum ketahui sebelum ini kepada motor anda,tapi masalah hanya berlaku kepada motor yang mengalami masalah pada komponen yang telah disebut.Masalah motor berasap putih juga adalah tanda-tanda motor itu mengalami masalah minyak mengurang dan akan kering tanpa disedari.Kesannya apabila minyak hitam kering adalah akan kerosakan serius pada enjin itu.Saranan admin ialah gunakan minyak hitam berkualiti untuk penjagaan komponen enjin yang lebih lama kerana minyak hitam ialah kunci ketahanan enjin.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.