Dulu minyak hitam Castrol dikenali dengan logo CICAKnya tapi kini ia dengan tampilan packing baru dari Castrol sempena untuk memperkenalkan teknologi Actibond mereka lebih kedepan.
Minyak hitam untuk motor 4-lejang khasnya ini adalah minyak dalam kelas pertengahan mengatasi minyak Castrol Go putih yang terlebih dahulu admin perkenalkan dulu.Castrol activ dengan formula Actibond kini terdapat dipasaran dengan harga berpatutan sesuai untuk motor baru atau lama.
Keterangan minyak;
Molekul Actibond
Standard: JASO MA2,API SL
Melekap pada bahagian enjin untuk memberikan lapisan perlindungan yang berterusan dari saat enjin dihidupkan dan seterusnya.
Kuasa tindakan lekapan mampu mengurangkan sehingga 70% kehausan berbanding minyak piawaian JASO MA2 yang lain,jesteru memanjangkan lagi hayat enjin dengan ketara
Memberikan perlindungan unggul daripada mendapan karbon bersuhu tingg,lantas membolehkan enjin mengekalkan prestasi untuk tempoh yang lebih lama
Memberikan perlindungan unggul daripada hakisan walaupun sudah lama tidak digunakan
Jenis minyak: mineral
Harga pasaran Malaysia 2018:RM 25
Tukar minyak hitam motor anda sekarang kepada minyak Castrol activ Actibond untuk merasa kelainan prestasi enjin. Seperti biasa untuk menukar minyak hitam motor dengan membuat pilihan sendiri anda perlu mendapat rujukan dari pengeluar motor anda itu.
Kod minyak atau standard minyak yang digunakan harus bertepatan dengan kehendak enjin yang telah digariskan oleh pengeluar motor.