Motor cub kelas 125cc kebawah ialah motor dikira mempunyai kapasiti enjin yang kecil dan sentiasa bekerja keras seharian ia ditunggang.Rata-rata pemiliknya akan memerah pendikit sekitar 80-100% dalam perjalanan seharian untuk ketempat kerja.Oleh kerana enjin sentiasa berada pada level maksimum maka pemilihan minyak hitamnya juga perlu bertepat dengan keperluannya.Jika anda mahu memilih jenama Motul untuk minyak motor anda,Motul 3000 adalah antara yang sesuai di kalangan minyak berprestasi baik tapi dengan harga yang sederhana.
Minyak hitam kualiti mineral ni agak likat sikit dengan lebal multi gred iaitu 20w 50.Mematuhi standard Api SG dan Jaso MA sesuai untuk motor 4- stroke dengan enjin kecil.Harga pasaran dalam RM 30.Inilah minyak hitam jenama Motul yang sesuai untuk motor cub anda dengan harga murah..Apapun seperti biasa; selalu rujuk kepada kehendak pengeluar motor anda tentang pemilihan minyak hitam yang bertepatan!.