-->

Minyak hitam naik plug mati


Punca minyak hitam naik ke spark plug dan menyebabkan ia selalu perlu diganti baru adalah masalah dalaman enjin


Motor mati ditepi jalan? Kebanyakkan berlaku disebabkan spark plug mati/plug shot.Salah satu punca penyebab spark plug selalu mati ialah bilamana minyak hitam 'naik plug'.Naik ke plug ertinya terdapat minyak hitam pada hujung tip dan bahagian dalam elektrod spark plug  yang kelihatan basah berminyak apabila ia dibuka.Ia satu masalah yang berlainan dengan masalah plug basah petrol,lazimnya disebabkan jetting karburator atau kerosakkan sistem nyalaan enjin.

Gambar spark plug hitam
Kesan minyak hitam pada plug hanya
boleh dikenal pasti oleh mekanik berpengalaman


Minyak hitam naik plug akan menyebabkan plug 'misfire',plug shot dan ia perlu digantikan dengan plug baru untuk mengizinkan enjin itu hidup kembali.Malangnya dengan menggantikan spark plug baru adalah hanya bersifat sementara kerana perkara ini akan berulang dalam beberapa waktu singkat sahaja.

Cara mengatasi yang benar supaya plug ia tidak berulang mati ialah dengan membaikpulih bahagian enjin yang rosak itu baik bagi enjin motor atau kereta adalah sama langkahnya kecuali pada enjin motor 2 lejang.

Enjin 4-stroke plug berminyak hitam


Enjin 4-stroke ialah sebuah enjin berbentuk terbuka dimana minyak hitam mengalir di keseluruhan bahagian dalam enjinnya kecuali pada kebuk pembakaran dalam(tempat plug membakar petrol).kebuk atau kawah pembakaran berada di bahagian dalam head selinder.

Gambaran aliran minyak hitam enjin 4-stroke


Setelah anda faham gambarajah di atas anda lihat di mana lokasi yang berisiko besar untuk dimasuki minyak hitam.


  • Ring Piston
  • Valve


2 tempat di mana terletak ring piston dan valve seal itu adalah yang 'target' pada pemasalahan minyak bocor terus masuk ke kebuk pembakaran enjin.Bagi mengganti mana-mana komponen yang rosak disitu ialah dengan melakukan Top Overhaul enjin (separuh buka enjin).

Enjin 2-lejang Oil Seal pecah punca spark plug basah minyak hitam


Terdapat 2 jenis enjin penggerak motosikal komersil iaitu 4-lejang (stroke) dan 2-lejang (motor pakai 2t).Enjin 2 lejang dengan struktur enjin lebih ringkas berbanding enjin 4-lejang yang agak banyak komponen tambahan terutama pada bahagian head selinder.Perbezaan paling besar antara enjin 4-lejang dan 2-lejang dari segi struktur enjin ialah mengenai cara kerja minyak hitam didalam kedua-dua enjin itu.

Lukisan enjin 2-lejang
Biru= kawasan minyak hitam
Hijau=kawasan minyak 2t



Lukisan menunjukan kedudukan Oil Seal
Gambaran dalam enjin dari sisi



Enjin 2 lejang perlu menggunakan 2 pelincir enjin yang berbeza,1 ialah minyak hitam untuk bahagian transmisi (gearbox,klac) dan 1 lagi ialah minyak 2t yang mana perlu sebagai pelincir pada kawasan piston,crankshaft(kawasan pembakaran).Ertinya disini 2 kawasan itu adalah terpisah,dan pada kes minyak hitam naik ke plug ini adalah tidak berlaku melainkan minyak hitam telah memasuki kawasan minyak 2t iaitu kawasan yang telah 'di blok' itu.Bagaimana minyak hitam boleh lolos masuk ketempat berasingan itu biasanya berpunca pada penutup getah disebut Oil Seal.

Oil seal Crankshaft pecah rosak adalah penyebab spark plug motor 2-lejang naik minyak hitam kerana minyak hitam sudah masuk dan bercampur bersama minyak 2t,petrol yang tidak sepatutnya berlaku.Kesannya selepas waktu pembakaran kelihatan asap putih keluar begitu banyak sekali melalui ekzos dan sisa yang gagal terbakar di dalam kebuk akan meninggalkan kesan minyak hitam pada spark plug motor 2 lejang itu.Apabila elektrik melalui pada plug yang tercemar dengan hitam itu akan berlaku lompatan elektrik pada plug yang menyebabkan misfire dan kerosakan pada plug.Masalah spark plug rosak anda sendiri boleh baca di laman web rasmi NGK plug.

Cara mengatasi masalah plug berminyak hitam pada motor 2-lejang ialah dengan menukar oil seal crankshaft yang baru.Bergantung kepada jenis motor,kadang hanya bahagian clutch sahaja perlu dibuka dan kadang perlu dibuat Overhaul.