-->

Minyak 4t synthetic vs mineral

Gambar Minyak 4t synthetic vs mineral



Perbezaan minyak hitam synthetic dengan mineral serta hasilnya 




Assalamualaikum,

Perlukah guna minyak hitam synthetic atau guna minyak mineral? Pada saya jika anda tidak ada masalah keluarkan belanja lebih sikit untuk menukar minyak 4t motor anda elok cuba pakai minyak synthetic.Harga minyak synthetic agak mahal berbanding mineral,pada tarikh ini pun harga Shell synthetic pun melebihi Rm 45 seliter.Boleh cek harga terkini di laman Shell.

Minyak hitam mineral adalah yang paling murah sebab itulah ia masih lagi kekal sebagai minyak paling  laris dijual.Contoh minyak mineral yang popular sekali di bengkel seperti minyak Castrol ini atau minyak Petronas ini dan lain lagi,ia boleh dibeli dengan harga dibawah RM20 sebotol.Jadi ketara perbezaan harga menjelaskan minyak mineral paling menjimatkan.







Kedua-duanya adalah minyak enjin tapi kenapa jurang harga yang besar berlaku.Segalanya adalah tentang kos pembuatannya,biasanya jika barang itu susah dicari atau dibuat pasti harganya mahal bukan! Tambahan lagi barang itu mendatangkan hasil yang baik.

Nota:Diketahui minyak  mineral 4t ialah hasil penyulingan  minyak bumi.Minyak berada pada carta 6 penyulingan petroleum itu dikomersilkan untuk di guna pakai pada motor,kereta,lori sebagai pelincir enjin.Ia telah lama memberi sumbangan pada dunia automotif ini.

Synthetic bererti barang hasil buatan manusia,bukan semulajadi,proses kimia di makamal.Kadang sintetik diperolehi  hasil kerja ekstrak sumber bumi.Begitu la juga pembuatan 4t synthetic.


Piston ,rod jem,enjin bunyi bising 


Synthetic vs mineral yang mana paling bagus sebenarnya? Selain perbandingan harga perkara ke-dua faktor memilih di antara 2 jenis minyak 4t ini sudah tentu manfaatnya untuk enjin.Sebut saja enjin kita tahu penjagaan adalah keperluannya untuk terus kekal beroperasi tanpa bermasalah.
Kedua dititikberatkan pada enjin ialah berkenaan prestasi,jika mahu lebih hebat silalah guna barangan yang lebih berkualiti.







Minyak fully synthetic adalah berkualiti


Minyak hitam sebenarnya terbahagi kepada beberapa kumpulan,dari 1 hingga 5 kumpulan;

1&2 =mineral
3=mineral berkualiti tinggi,synthetic
4=synthetic PAO/100% synthetic
5=synthetic ester,dll/100% synthetic

Membayar mahal untuk sebotol minyak hitam harus berbaloi dengan hasilnya.Untuk benar-benar merasai kehebatan synthetic pilih minyak yang mempunyai lebal atau 100% synthetic yang membawa maksud minyak itu benar fully-synthetic kerana terdapat setengah pengeluar minyak turut melebal minyak hitam mereka sebagai fully-synthetic sedangkan minyak mereka ialah mineral berkualiti tinggi atau pembaikan minyak mineral.Tentunya tujuannya untuk memberi harga lebih murah kepada pengguna.


100% synthetic 4t


Kelebihan berkenaan kelikatan pada suhu rendah dan tinggi melampau  (VI) ,indeks kelikatan lebih baik,
Kestabilan kimia yang kurang mericih, kurang  penyejatan/kering ,  halang pengoksidaan, kerosakan haba dan minyak berlendir,waktu tukar minyak  yang dilanjutkan, meningkatkan kuasa kuda dan tork disebabkan oleh seretan kurang pada enjin,Kecekapan bahan api yang lebih baik - dari 1.8% hingga 5% telah didokumenkan.







Jadi mendapatkan hasil seperti di atas silalah pilih minyak dengan label 100% synthetic seperti minyak Motul ini Jika anda mahu lebih murah tapi mahukan hasil lebih baik dari minyak mineral yang dipakai sebelum ini bolehlah mencuba dulu minyak semi-sintetik iaitu minyak mineral  campuran dengan synthetic,kemudian bolehlah beralih kepada 100% fully- synthetic pula.

Selesai sudah kemushkilan di antara synthetic dan mineral.Tapi jangan lupa hal paling mustahak ialah waktu tukar minyak hitam lebih awal jika menggunakan minyak hitam murah misalnya 1000km-2500 km perjalanan untuk motor jalan dekat.Kalau jalan balik kampung sila tukar minyak selepas pulang semula kerana minyak itu telah melalui tempoh waktu agak extreme,dan kandungan telah mula berubah.Kedua,sama mineral atau minyak synthetic pastikan kod likatnya adalah tepat sesuai untuk kegunaan motor anda.Terakhir pastikan isian minyak hitam adalah cukup seperti di 'recommended' oleh pengeluar.