3 minyak hitam Petronas untuk motor 4-stroke

Minyak hitam Petronas yang bagus untuk ketagori motosikal berkuasa 250cc kebawah.. Petronas sebagai penyumbang minyak penuh kepada pasukan F1 Amg dan Motogp tiada keraguaan lagi untuk motor kecil kita..Spesifikasi..
Gambar F1 Petronas

Minyak hitam Petronas untuk Motor 250cc kebawah



Inilah 3 minyak hitam Petronas  yang sesuai dan bagus untuk motor bekuasa 250cc ke bawah.Petronas  ( Petroliam Nasional Berhad ) sebagai pengeluar minyak mentah Malaysia adalah juga tidak asing lagi sebagai salah satu penaja besar dalam sukan permotoran dunia seperti Motogp,Asia Road Racing dan cukup terkenal di arena lumba kereta F1 bersama pasukan Mercedes AMG Petronas (2018) yang membawa maksud sebagai penyumbang penuh minyak hitam dan bahanapi kepada pasukan yang ditaja itu.

Admin rasa tiada  keraguan bagi kita sebagai pengguna motor Cub berkuasa sekecil 250cc kebawah berbanding mesin prototype  turbocharger F1 untuk menggunakan minyak buatan Malaysia ini.Mari kita lihat 3 jenis minyak hitam yang boleh dipilih untuk diguna pakai pada motor cub kita..

Sprinta f700 15w 50


Gambar minyak hitam


Keterangan minyak ;
Diantara Kebaikan Petronas Sprinta f700


  • Kekuatan filem minyak untuk menahan tekanan ricih,
  • Membina pengawalan terjadinya deposit enjin terutamanya di bawah suhu operasi yang tinggi dan mengekalkan kuasa motosikal
  •  Menyediakan perlindungan enjin, gear, & klac di bawah keadaan tunggangan yang teruk untuk tindak balas prestasi yang cemerlang dan kepantasan
  • Membantu menghilangkan gelincir klac dan meningkatkan prestasi klac
  • Kawalan geseran yang dioptimumkan,memberikan penglibatan klac yang lebih lancar dan perubahan gear mudah.


Kelayakan;
Memenuhi Spesifikasi

API SM ,JASO MA2

Jenis minyak;
Semi-sintetik


Sprinta f 300 15w 40


Gambar minyak hitam Petronas



Keterangan minyak hitam  Petronas Sprinta f 300

  • Unggul dalam kawalan deposit  terutamanya di bawah suhu operasi yang tinggi
  • Menghalang kemerosotan klac, memberikan daya dorong yang lebih baik
  • Menyediakan perlindungan enjin, gear & klac yang lebih baik, membantu memanjangkan hayat komponen.
Kelayakan minyak ; mengikuti tuntutan
API SL,JASO MA

Jenis minyak;
Mineral


F300 20w 40


Gambar minyak pelincir Petronas


Ciri-ciri minyak enjin Petronas F300


  • Kebersihan enjin dan kebersihan omboh, membantu mengekalkan keluaran kuasa  tinggi
  • Membantu mengelakkan gelinciran klac
  •  Kestabilan terma unggul, memastikan kelikatan minyak dalam gred semasa  hayat guna

  • Kelayakan minyak;Memenuhi ciri tuntutan API SJ,JASO MA




Jenis minyak;
Mineral


Rujukan: Petronas
Nota: Sentiasa rujuk manual pemilik anda untuk memeriksa gred kelikatan dan spesifikasi minyak hitam yang disyorkan untuk untuk motor anda.



Gambar minyak pelincir petronas







Lebih banyak siaran menarik - lawati Halaman Depan blog ini !
© all rights reserved
made with by templateszoo