Kemusnahan komponen pasti berlaku jika enjin bergerak tanpa minyak hitam
Apa itu fungsi minyak hitam?
Minyak hitam ialah sebagai pelincir enjin,melicinkan permukaan setiap komponen enjin yang bergesel sesamanya.Ia memberi perlindungan daripada berlaku geseran kasar pada setiap komponen enjin yang bergerak itu.Geseran kasar amat tidak baik pada komponen kerana boleh mengakibatkan kesan haus pada komponen dengan cepat.
Fungsi minyak hitam secara total ialah untuk memberi perlindungan pada bahagian enjin supaya ia boleh bergerak dengan sempurna dan lancar.
- Piston
- Block
- Bearing
- Clutch
- Gear
![]() |
Kesan jika enjin tanpa minyak hitam
Kerosakan yang berlaku kesan darpada enjin bergerak tanpa minyak hitam adalah pada komponen utama enjin seperti di atas.Bermula dengan calar seterusnya menyebabkan pergerakan komponen itu tersangkut.Ini menyebabkan perkara di sebut 'enjin jammed '.
Kemusnahan pada bahagian itu membuatkan pemilik akan menanggung kos yang tinggi untuk kerja membaik pulih kembali enjin
(Overhaul ).
Minyak hitam perlu diisi secukupnya mengikut peraturan diberi pengeluar.Dipstik ialah alat pengukur sukatan minyak hitam yang telah diisi,perlunya minyak berada pada paras hujung dipstik seperti mana dikhendaki di dalam buku panduan motor yang diberi pengeluar.
Minyak hitam kering
Admin rasa tidak ada pemilik yang 'sihat' sengaja tidak mengisi minyak hitam pada motor mereka kecuali kes terlupa isi semula minyak selepas proses penukaran atau sedikit kecuaian semasa mengetatkan skru minyak hitam lalu mengakibatkan enjin itu tiada minyak kerana ia sudah berciciran terbuang di tengah jalan.
Penyebab utama enjin itu bergerak tanpa minyak juga tanpa disedari ialah bilamana minyak itu sudah kering.Kebiasaannya punca minyak hitam kering ialah disebabkan beberapa perkara ini.
- Bocor gasket atau oil seal(enjin leaking)
- Piston dan ring rosak
- Valve Seal rosak
Semua di atas adalah hal yang berlaku di dalam enjin.Bilamana enjin itu hadapi masalah minyak hitam mengering,kerosakan komponen dalam akan melibatkan kos baikpulih yang agak tinggi.
Jem piston
'Jem piston' bermaksud piston kejang didalam block cylinder.Punca jem ialah disebabkan tiada pelincir (minyak hitam ) pada di antara piston dan dinding block.Kejadian itu seterusnya menyebabkan piston melekat pada block dan kita sebut 'jem blok'.Bagi membaik pulih enjin jem blok,mekanik perlu membuat Top Overhaul iaitu separuh buka enjin.Block cylinder yang telah jem,calar,rosak itu akan di buat semula disebut 'rebore blok' iaitu proses membesarkan lubang blok untuk digantikan dengan piston baru bersaiz lebih besar dari sebelumnya.
Jem rod
Ini paling kritikal dan ditakuti berpunca dari masalah enjin tak ada minyak hitam iaitu 'jem rod'.Inilah antara punca terbesar kenapa enjin itu perlu Overhaul.
Connecting Rod berada ditengah-tengah enjin motor yang berfungsi sebagai lengan kepada piston.Rod bekerja secara berputar mengikuti tolakan piston secara turun naik.Seperti apa yang diterangkan di atas,setiap bahagian atau komponen enjin yang bergesel dan bergerak itu perlukan minyak hitam supaya sebagai pelindung dari geseran secara terus dan keras.Sama kepentingan ia pada rod juga,jika tidak rod akan melekat,tidak bergerak kerana bearingnya sudah rosak atau pecah yang di sebut 'jem rod' bila minyak hitam tiada/kering.
Bukan hanya jem rod,setiap kerosakan teruk pada mana-mana komponen yang berada di bahagian tengah (dalam sekali) enjin akan memaksa enjin itu dibuka habis untuk proses pembaikan semula,ini kita sebut enjin Overhaul atau full Overhaul.Kos membuatnya memakan belanja yang besar,contohnya harga bagi membuat overhaul enjin motor cub seperti Honda ex5 100cc disebabkan jem rod ialah kira-kira RM 400 ke atas.
Kepentingan minyak hitam pada enjin motor
Bagi mengelak masalah di atas itulah kita perlu tahu betapa pentingnya minyak hitam pada enjin motor.Selalu mekanik pesan,jaga minyak hitam dengan baik maka baiklah enjin motor anda.
Enjin tak boleh berjalan tanpa minyak hitam kerana sudah memang mahunya begitu,sekiranya minyak hitam tak ada setidak-tidaknya isilah ke dalam enjin motor anda dengan minyak masak..:p
Janji isi minyak..:) ok,terima kasih hadir ke blog saya..jika bermanfaat saya bersyukur dan jika ada kesilapan..maafkan saya..sekadar kongsi pengetahuan. .salam jumpa lagi.