Punca minyak hitam jadi putih

jika mendapati minyak hitam kenderaan anda bertukar menjadi putih ialah kerana masuk air. boleh masuk melalui


Punca minyak hitam jadi putih


Minyak hitam baru adalah berwarna kuning keemasan,ada juga berwarna hitam seperti minyak Motul.Ini adalah normal berdasarkan ciri minyak hitam dari sumber petroleum.Admin belum pernah menjumpai asal minyak hitam itu berwarna putih,jika benar ada maka haruslah nama minyak hitam ditukarkan kepada 'minyak putih'.

Anda kini sangsi mengapa minyak hitam motor anda berwarna putih kerana sebelum ini bukan anda yang membuat isian minyak.Jadi kita akan bongkar apakah punca masalah misteri ini.


Enjin masuk air


Punca minyak hitam jadi putih ialah kerana minyak hitam telah bercampur dengan air.

Kejadian serupa ini sering berlaku ketika musim hujan atau musim banjir yang mana air mudah masuk melalui rongga pernafasan ke dalam enjin itu.

Hal berkaitannya ialah berlaku selepas anda membuat basuhan motor anda dengan menggunakan air bertekanan tinggi seperti di 'car wash'.Harus berjaga-jaga memastikan air ditembak terus ke bahagian sensitif enjin itu.

Note:minyak hitam tidak bertukar ke putih jika air masuk ke karburator

minyak hitam jadi putih


Air masuk melalui Water Coolant 


Bagi sesetengah motor ada dilengkapi dengan sistem penyejuk air 'Water Coolant',contohnya motosikal Kawasaki Kips,Yamaha Tzm ataupun Honda Nsr dan sebagainya.Kebocoran pada Oil Seal Pump adalah penyebab air bercampur dengan minyak hitam hasilnya minyak hitam bertukar putih.

Cara atasi masalah itu ialah dengan menggantikan Oil Seal tersebut.

Kesan pada enjin setelah minyak hitam putih


Perubahan warna putih menyatakan minyak hitam itu sudah tercemar,sekarang berbalik kepada fungsi minyak hitam iaitu sebagai pelincir perlindungan enjin dilihat telah gagal,kelikatan telah berubah,kandungan sebatian sudah tercemar sudah pasti enjin tidak dapat bertahan lagi.Kerosakan cepat akan berlaku.

Minyak hitam bertukar putih bukanlah kerana si pelaku menukar ganti dengan cat putih akan tetapi kerana kejadian yang disebutkan di atas.Jika terjadi pun bukan masalah yang berat jika disedari dari awal,boleh dirawat dengan ulang tukar ganti minyak hitam itu supaya tidak putih lagi.

Lebih banyak siaran menarik - lawati Halaman Depan blog ini !
© all rights reserved
made with by templateszoo